“Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini.” Demikian luahan ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman yang tenang dan reda menghadapi pemergian anak sulungnya itu.
Khadijah meluahkan perasaan menerusi Instagram miliknya, mengucapkan penghargaannya atas perhatian orang ramai terhadap permata hatinya itu.
“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.
“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel MohamedSinclair.
Ads
“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.
Pelakon Yatt Hamzah berdepan dengan situasi cemas apabila anaknya, Suci Hawa Zulaikha jatuh ke lantai setinggi satu meter selepas terlepas daripada dukungan kakaknya.
Lantas, Yatt bergegas ke Hospital Pusrawi untuk mendapat rawatan lanjut mengenai kesihatan anaknya yang berusia 50 hari itu.
“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari baru saja jatuh atas lantai selepas kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.
“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” tulisnya.
Sambil mengabadikan beberapa foto kenangan ketika berada di tanah suci bersama suami, pelakon dan usahawan, Tya Arifin turut berkongsi perasaan berada di kota Mekah dan Madinah.
Mengakui kebesaran Yang Maha Esa, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memanjangkan titipan doa-doa indah bersempena dengan kehadiran bulan Rejab tahun ini.
“Perjalanan yang amat tak terlupakan. Dimulai dari Madinah, kota Nabi Muhammad SAW. Sangat tenang dan damai. Cuaca yang sejuk membuat hati tentram.
“Berada di Madinah, seperti melihat syurga. Di Madinah saja luar biasa indah, apatah lagi di syurga nanti, masyaAllah.
“Semoga di akhir sisa umur bisa menghabiskan waktu di kota Madinah, Amin Ya Allah. Setelah itu, Mekkah, rumah Allah SWT. Melihat seperti mimpi.
“Yang biasa lihat di gambar, kini jadi nyata. Arah dimana semua muslim sholat adalah Ka’bah. Seluru muslim di dunia, datang terhuyun dengan kerinduan dan harapan.
“Tak kira takhta, harta, ras maupun budaya, semua sama di mata Allah SWT. Disini mengajarkan kita di akhirat nanti, bahwasanya hanya amal ibadah yang akan diuji.
“Ya Allah, di malam bulan Rajab ini, hamba berdoa, tunaikanlah semua hajat2 hamba, murahkanlah rezeki, matikan kami dalam keadaan Khusnul Khotimah dan jemputlah kami, semua yang membaca ini kerumahMu Ya Allah.
“Amin Ya Rabbal Allamin. Selamat tinggal Madinah Mekah, insyallah kita berjumpa lagi,” tulis bintang berusia 25 tahun ini panjang lebar.
Terdahulu, Tya yang kini tampak lebih ayu kala mengenakan tudung menjelaskan dia kini sedang cuba untuk istiqamah dan turut meminta doa yang baik dari peminat.
Foto: Instagram Tya Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zahirah Macwilson berkongsi perkembangan mengenai perubahan penampilannya selepas tampil berhijab yang sebelum ini menjadi khabar positif dalam kalangan peminat.
Menurut pelakon berusia 31 tahun...