Orangnya misteri dan cukup menakutkan. Dengan mengenakan pakaian seragam pinafore setiap minggu dan tidak mengeluarkan dialog yang terlalu banyak, Riana telah menunjukan auranya tersendiri hingga dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim kedua.

MH masih ingat lagi hari pertama gadis yang berasal daripada Indonesia yang terkenal dengan gelaran The Sacred Riana datang audituion di pertandingan ini.

Memang tidak dinafikan menakutkan betul! Tak percaya? Tengok sendiri video di bawah…

Dengan hanya mengerakkan kepala dan langsung tidak memberi apa-apa ekspresi kepada penonton mahupun juri, Riana sering memukau orang ramai dengan teknik dan trick silap matanya.

Ini antara persembahan Riana yang cukup memukau dan mampu buat sesiapa sahaja meremang bila menontonya…

IKLAN

Buat yang sering mengikuti perkembangan program ini pasti korang semua dah biasa dan tahu sikap Riana bagaimana.

Ya, dia memang langsung tidak bercakap dengan orang kelilingnya, namun jangan tidak tahu, Riana ini sebenarnya memang cantik dan manis!

IKLAN

Misteri Membawa Tuah, The Sacred Riana Juara Asia’s Got Talent Musim Ke-2

Misteri Membawa Tuah, The Sacred Riana Juara Asia’s Got Talent Musim Ke-2

Namun untuk Asia’s Got Talent Riana seragamkan pakaiannya dan lebih ‘in character’ dengan rambut lurusnya. Oleh kerana penampilan dan gaya persembahan yang berbeza, Riana mampu meyakinkan penonton, seni persembahan itu cukup subjektif.

Riana telah membawa pulang hadiah utama bernilai USS100,000 hasil undian orang ramai dan dinobatkan sebagai juara musim ke-2 Asia’s Got Talent.

IKLAN

Okay tak nak cakap banyak, jom tengok persembahan di malam finale yang menjadi sebutan orang ramai.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI