Setiap manusia di dunia ini pasti punya keinginan untuk tampil cantik, segak,kurus dan banyak lagi.

Kalau sebelum ini pelawak dan penyampai radio, Rahim telah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan hidup yang sihat.

Nampaknya kali ini pelawak popular, Abam Bocey juga dilihat sudah mula untuk menjaga pemakanannya untuk menguruskan badan.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu perkongsian Abam menerusi akaun Instagramnya yang mengatakan bahawa dia kini sedang menjauhi makanan.

A post shared by ABAM BOCEY (@abam_bocik) on

“Jauhi makanan…walaupun perubahannya kecil….tapi tak mengapa kecil2 lama-lama kecikkkkk!!! Usaha utk perubahan…. perlahan2….. #kitausaha #misimengecil #gemokisawesome #taksukabolehjalan #kitabaikramaisayang,” tulis Abam.

Nampaknya ramai pengikut dan peminat Abam di Instagram menyokong dan memberikan kata-kata positif buat Abam untuk meneruskan usahanya menguruskan badan.

IKLAN

kdollbeautynurul: Msti mkin nsem rrr t lepas kurus…go abam????

syira_al_zahra: Chaiyok abam..kurus utk kesihatan.

eimanaziq: Steady Abam…kuatkan semangat demi isteri ,family dan bakal baby…makan nasi boleh je tp lebihkan sayur…avoid semua makanan minuman manis..tukar natural jus…

IKLAN

Dalam pada itu, mungkin ada segelintir netizen yang memperkecilkan usaha Abam untuk menguruskan badan kerana MH ada juga terlihat satu lagi posting Abam yang menyatakan segala kecaman yang dilemparkan kepadanya akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus maju.

A post shared by ABAM BOCEY (@abam_bocik) on

“Kuatkan minda….teguhkan semangat….gigihkan usaha…. nyalakan api dlm hati…. jadikan kecaman sbg pembakaran terbuka utk maju…. #misimengecil #kitabaikramaisayang #taksukabolehjalan,” tulis Abam.

Ramai juga yang meberikan komen kepada Abam untuk tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif daripada segelintir netizen.

IKLAN

time_paradoxz: @abam_bocik biasalah abam. Manusia jenis kedengki ni. Memang bacul. Berani Di alam maya je. . Abaikan sampah macam ni. .

yanzrazli: Biarkan mereka mengata abam… Nanti dah kurus pun ada gak yg nk kecam. Gemuk salah kurus pun salah…jd semua serba salah. Selagi ada mulut kan ?‍♀ ??… Dah pernah kena. Bila bdn naik balik pun org tegur.. Susah nk puaskan hati bernama manusia. Bertabahlah! Mcm abam ckp jdkan setiap dugaan ni pemangkin utk kita berjaya. Akak sokong usaha abam utk kurus. Fikirkan kesihatan diri. Health is wealth.! Never give up okay…

Buat Abam, MH doakan agar segala usahanya untuk menguruskan badan berjaya. Caiyok caiyok Abam!

Sumber: Instagram Abam Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI