Baru-baru ini MH ada terlihat sebuah luahan seorang ‘gadis’ yang kononnya tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan oleh seorang ustazah untuk datang ajar mengaji.

Individu yang hanya ingin dikenali sebagai Noturustazah ini meluahkan kemarahannya apabila seorang ustazah menetapkan bayaran sebanyak RM300 sebulan dan hanya akan datang mengajar selama satu jam setengah, seminggu sekali.

Bagaimanapun luahan individu ini mendapat kecaman teruk dari pelbagai pihak terutamanya pengguna media sosial.

Rata-rata menganggap bayaran yang dikenakan tidaklah melampau seperti yang diperkatakan malah sangat berbaloi!

Namun, menurut individu ini, sebenarnya luahannya ini bukanlah dibuka secara umum sebaliknya hanya tertumpu pada seseorang yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan agama.

IKLAN

Katanya, ustazah terbabit bukanlah seseorang yang susah, malah caj yang dikenakan RM75 setiap satu jam tidak berbaloi untuk dibayar kepada guru yang hanya mempunyai 8 tahun pengalaman dalam dunia pengajaran.

Malah, tambahnya ustazah terbabit tidaklah tinggal berjauhan sebaliknya hanya mengambil masa 4 minit untuk ustazah terbabit tiba di rumahnya.

Bukan itu sahaja, individu ini turut memberitahu sebenarnya mereka sekeluarga sudah tidak mahu menggunakan khidmat mengajar daripada ustazah terbabit, walaupun sudah beberapa kali menolak dengan cara yang sangat sopan namun mereka tetap dipaksa oleh ustazah terbabit untuk meneruskan sesi pembelajaran bersama adik lelakinya.

IKLAN

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, individu ini meminta orang ramai untuk memberi pandangan dan alasan apakah sebab utama ustazah terbabit boleh meletakkan harga setinggi itu.

Bagaimanapun menurut kebanyakan warga Twitter, mereka menganggap sebenarnya bayaran yang diminta tidaklah melampau sebaliknya sudah cukup murah.

IKLAN

Malah, ada seorang netizen turut berkata, sungguhpun ustazah terbabit tidak memerlukan duit minyak yang tinggi tetapi bagaimana dengan duit sara hidupnya seperti makan dan sebagainya.

Dalam pada itu, MH tertarik dengan perkongsian seseorang ini yang berkata…

Sungguh pun begitu, pada pandangan MH sendiri perkara seperti ini memang susah untuk kita katakan kerana setiap orang ada pandangan dan penerimaan yang berbeza. Tetapi semua ini juga bergantung pada diri kita sendiri. Malah, ia bukan hanya sekadar mahal atau murah, sebaliknya mampu atau tidak.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI