Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani mendedahkan antara sebab dia memilih untuk bertukar ke syarikat pengurusan baharu, Def Jam Asia adalah untuk mencuba haluan baharu.
Menurut Ismail, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk membuat keputusan besar tersebut.
“Kontrak saya bersama syarikat pengurusan lama sudah tamat. Sepatutnya akan bersambung tapi saya mengambil masa untuk mendalami apa yang saya tak tahu.
“Jadi, saya putuskan untuk keluar daripada label dan cuba untuk menjernihkan segala hal. Saya mahu permulaan baharu terutama untuk diri sendiri,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia mahu memberikan lebih tumpuan terhadap bidang muzik berbanding tawaran lakonan yang banyak diterimanya sewaktu bersama syarikat pegurusan lama.
Ads
“Selama dua tahun saya tiada produk dan tidak melancarkan sebarang lagu. Saya tiba-tiba jadi pelakon.
“Ia agak sedih kerana saya mulakan kerjaya menerusi muzik dan saya tak mahu orang ingat saya sebagai pelakon. Ia bukan kekuatan saya.
“Dalam bidang lakonan ini, kalau sekadar mencuba saya okay lagi tapi kalau itulah sasaran mereka (pihak pengurusan lama), saya minta maaf. Kita tidak berada di direction yang sama.
“Hubungan kami masih baik dan saya keluar juga dengan cara baik,” ulasnya lagi.
Ads
Bagaimanapun, penyanyi lagu Luar Biasa ini mendedahkan dirinya akan lebih selektif sekiranya mendapat tawaran dalam bidang lakonan selepas ini.
“Ia bergantung kepada masa. Tahun lepas, saya terima banyak tawaran berlakon. Saya bukan menolak tapi ada kalanya saya merasakan ia seperti bukan tempat untuk saya.
“Sebagai ahli muzik, kalau harus bekerja selama tiga bulan untuk penggambaran drama, saya tiada masa nak buat lagu. Jadi, saya kena memilih.
“Saya tak menyesal terjun ke bidang lakonan dan saya seronok menjadi pelakon tapi ia tiada dalam diri saya,” kongsinya lagi.
Ads
Ditanya ada dia terkesan dengan kritikan netizen terhadap kualiti lakonannya sebelum ini, Ismail merasakan orang luar berhak untuk bercakap apa sahaja mengenai dirinya.
“Saya okay sahaja. Kalau fikirkan sangat fasal trauma ini, semua benda saya akan trauma. Nak keluar atau berjumpa dengan media pun saya akan trauma. Minat lakonan itu tiada dalam diri saya. Nak bagi 100 peratus itu saya tak tahu macam mana.
“Orang meletakkan harapan yang tinggi bila saya berlakon. Pada saya, nak puaskan hati semua orang itu bukan kerja saya.
“Bila ada yang menilai saya, biarlah. Memang itu kerja mereka. Itu sahaja yang mereka bagus. Kalau orang nak kata saya tak bagus berlakon, saya terima dan saya akan perbaiki,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Zamani diumumkan sebagai bintang kelima tersingkir daripada meneruskan saingan di pentas All Stars Gegar Vaganza yang bersiaran secara langsung malam tadi.
Zamani hanya memperolehi markah sebanyak 56.50% sekali gus berada di posisi paling corot dalam kalangan 12 peserta bertanding.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada juri-juri kita… dan pada semua yang bagi penyokong kepada kru Gegar Vaganza. Terima kasih banyak-banyak.
“Kalau saya ada buat apa-apa, harap halal saja dan teruskan sokongan pada Gegar Vaganza,” katanya sejurus tersingkir.
Zamani yang membuat persembahan menerusi lagu Kau Pergi Jua yang dipopularkan oleh Adam Ahmad gagal memuaskan hati juri.
Sementara itu, Liza Hanim terus konsisten apabila berjaya meraih markah tertinggi minggu ini iaitu sebanyak 76.75 peratus, diikuti Hady Mirza (76.50 peratus) dan Azharina (75.25 peratus).
Berikut dibariskan carta markah semua bintang yang bersaing minggu ini;
ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, manakala juri tetap pula ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang bersama Datuk Syafinaz Selamat.
Program realiti popular ini bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, selebriti media sosial yang kini bergelar pelakon, Aisar Khalid ada memuat naik video terbaru di saluran Youtube miliknya.
Video tersebut memaparkan Aisar serta beberapa temannya menyahut cabaran untuk berendam di dalam kolam mini yang dipenuhi dengan Cool Fever.
Video berkenaan nyata mengundang rasa amarah di hati kebanyakkan pihak yang menyifatkan tindakkan tersebut sebagai satu pembaziran dan tidak sensitif terhadap golongan yang memerlukan.
Cakna mengenai perkara tersebut, Aisar kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Twitter.
Jelas pelakon drama, Chandelier itu lagi, dia mengakui kesilapannya itu dan berjanji akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang konten selepas ini.
DM aku dipenuhi cacian dan makian. aku mintak maaf aku hanya manusia biasa kadang kadang terlupa. Aku mintak maaf aku sedar aku salah. Mungkin lepasni aku lebih berhati-hati sebelum membuat content berfikir dulu sebelum buat. Salam ❤️
Penyanyi Ernie Zakri bersyukur apabila dapat membuat persembahan pada saingan hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) di Shah Alam, pada Sabtu.
Ernie berkata, kehadirannya hari ini demi peminat yang berharap dia membuat persembahan di SFMM38.
“Alhamdulillah sudah tentu saya berasa lega dan sebenarnya saya buat persembahan ini demi peminat yang sama-sama berjuang untuk lagu Astana,” katanya.
Ditanya sejauh mana harapannya menerusi lagu ciptaannya bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman itu, Ernie percaya rezeki dan cuba memberikan yang terbaik.
“Sekiranya ada rezeki ke Anugerah Juara Lagu 38, saya akan cuba menebus segala yang harus ditebus.
“Doakan yang baik-baik untuk lagu ini. Sudah pasti saya meletakkan harapan tinggi, seperti mana yang diharapkan juga peminat, Insya-Allah,” katanya lagi.
Isteri kepada penyanyi Syamel itu membuka tirai dalam saingan hari kedua SFMM38.
Terdahulu Ernie mengesahkan dia bakal menyanyikan lagu Astana sekali gus menamatkan spekulasi bakal menarik diri daripada menyertai pertandingan itu selepas dikatakan tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment untuk menggantikannya dengan penyanyi, Nadeera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Fattah Amin menjadi perhatian apabila namanya terpalit dalam isu perkahwinan pasangan pempengaruh yang tular baru-baru ini, sehingga mengundang pelbagai andaian dan tuduhan...