Di samping itu, rata-rata peminat juga turut memuji kemesraan pasangan ini yang dikatakan sangat secocok.
Ads
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Penyanyi Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima bengang apabila seorang jurujual kereta sebuah syarikat didakwa seperti mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kisahnya, Shima berniat untuk membeli sebuah kereta di sebuah showroom beberapa hari lalu dan telah menyerahkan dokumen untuk pembelian tersebut.
Bagaimanapun, jurujual tersebut menghubungi Shima untuk menawarkan dirinya sebagai duta kereta.
Namun, selepas berjumpa kembali, Shima kecewa apabila jurujual itu mempunyai agenda tersendiri.
“Nak berniaga buat cara berniaga ! ..Saya tak nak buruk sangka ! Korang fikirlah sendiri ya.
“Nak dijadikan cerita ,kemarin Shima datang showroom kereta..tengoklah kereta..kemudian dokumen dah bagi semua,,so hari ni sales person call nak ajak jumpa konon nak offer jadi duta!
“So kita pun jumpalah lepas promo! masa meeting kat A&W discus cantik je !! lalu masa manager shima pergi toilet ,tinggallah shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta shima datang seorang diri saja, nak deal dengan shima je konon sama dato.
“Padahal waktu mula2 meeting sama manager cakap lain..now cakap lain pula! nak jumpa personal! direct shima sahaja. Korang rasa apa? (depan manager shima tak pula berani nk cakap mcm tu ajak jumpa personal),” kongsinya sambil disertakan video ketika mencuba sebuah kereta mewah di showroom tersebut.
Malah, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menegaskan bahawa dia bukan perempuan murahan yang boleh dipergunakan.
Sekali gus, tidak akan berurusan lagi dengan jurujual tersebut.
“Maaf! Sy bukan perempuan murahan ya..itu bukan cara kerja sebenarnya! mana professionalism korang? mcm ni ke cara kerja company besar? Banyak lagi Audi R8 dan mustang kat Kl ni! dari minat nak beli jadi menyampah!! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah!,” tegasnya.
Mengambil peluang bersempena dengan Maulidur Rasul, pelakon Sharifah Sakinah membawa pelajar Tahfiz untuk menonton wayang bersama.
Kongsinya,dia mengajak pelajar itu menonton filem bergenre seram berjudul Pusaka arahan Raza Isyam.
“Salam maulidur rasul. Today I’m gonna spend masa with Tahfiz students watching movie Pusaka.
“It’s a good movie that reminding us of kebesaran Allah SWT, our faith and the unseen Djin. It got a nice theme between faith and revenge.
“Sounds interesting right? I’m so glad I bring these kids to support local movie directed by the awesome director @razaisyam Salam Maulidur Rasul! Swipe muka dorang before tgk movie swipe lagi muka dorang tgk movie,”tulisnya.
Tanggal 1 September lalu menjadi detik bersejarah buat pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana kerana telah selamat bergelar suami isteri.
Malah, Nadzmi meluahkan rasa gembira kerana sudah dua bulan di sisi insan tersayang.
“Macam tak percaya je dah 2 bulan jadi suami.
“Dah 2 bulan awak menghantui hidup saya. Saya harap awak akan terus menghantui hidup saya sampai bila bila. #AdhwArdell,” tulisnya yang sudah berkawan dengan Ardell sejak lapan tahun lalu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagian mereka berdua. Malah, ada juga yang menanti kelahiran permata sulung mereka.
Terdahulu, Nadzmi memberikan mas kahwin berjumlah RM300 dan hantaran senaskah Al-Quran yang telah dikhatam oleh Adhawa seperti yang dipinta oleh isterinya itu.
Malah, majlis resepsi mereka berlangsung meriah di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong berkonsepkan ala-ala ‘Fairytale’ yang dihadiri seramai 6,000 tetamu pada 6 Oktober lalu.
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan melihat rakan penyampainya di ERA FM, Bella Astillah semakin matang dalam membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah...