Tanggal 1 September lalu menjadi detik bersejarah buat pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana kerana telah selamat bergelar suami isteri.
Malah, Nadzmi meluahkan rasa gembira kerana sudah dua bulan di sisi insan tersayang.
“Macam tak percaya je dah 2 bulan jadi suami.
“Dah 2 bulan awak menghantui hidup saya. Saya harap awak akan terus menghantui hidup saya sampai bila bila.Ā #AdhwArdell,” tulisnya yang sudah berkawan dengan Ardell sejak lapan tahun lalu.Ā
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagian mereka berdua. Malah, ada juga yang menanti kelahiran permata sulung mereka.
Terdahulu, Nadzmi memberikan masĀ kahwin berjumlah RM300 dan hantaran senaskah Al-Quran yang telah dikhatam oleh Adhawa seperti yang dipinta oleh isterinya itu.
Ads
Malah, majlis resepsi mereka berlangsung meriah di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong berkonsepkan ala-ala ‘Fairytale’ yang dihadiri seramai 6,000 tetamu pada 6 Oktober lalu.
Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz ada berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu, dia kini mengalami masalah kulit wajah yang berjerawat.
āhello skin. whateverās happening, please know im here and ill do anything to heal with u. they dont see us alot, n ive prolly done alot to keep u away from them cus i know that when they do see us, they cant help but to get weird with that shit.
āor perhaps im just not comfortable flaunting these constellations uve situated on my face, yet. ill keep things minimal and my cover ups light from now on ok.
āthank you for making it known to me that ive got some works internally to be done. love. <emosi malam buta> <late bloomer ting> <puberty @ 25>,ā tulisnya.
Tidak kekok berkongsi petua kecantikan mengenai penjagaan dan kesihatan mata, pelakon Mawar Rashid mendedahkan penjagaan mata yang efektif dan berkesan.
Kongsi Mawar menerusi Youtube Channel, mata memainkan peranan penting kerana ia merupakan aset utama di bahagian muka.
āMawar nak kongsi perkara paling penting iaitu mata, kerana mata merupakan satu aset yang penting bagi setiap manusia.
Ā āBak kata pepatah ācinta pandang pertamaā, sebab itu dari mata turunnya ke hati.Ā
āBawah mata kita merupakan kulit lima kali ganda lebih nipis daripada kulit kita yang biasa. Bahagian itu juga tidak mempunyai pori-pori untuk mengeluarkan minyak.
āJadi bayangkan kalau setiap hari kita kelip mata, otot mata kita bergerak setiap masa,ā kongsi Mawar dengan menggunakan loghat Kelantan.Ā
Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan itu juga menyarankan penggunaan krim bagi penjagaan bahagian bawah mata yang sihat.
āMawar nak kongsikan kepada anda semua untuk menggunakan eye cream. Jangan pandang remeh kerana eye cream boleh membantu melembapkan bahagian bawah mata dan dapat mengelakkan mata menjadi sembab.
āAnda juga boleh beli alat urutan (massage) bagi membantu pengaliran darah berjalan lancar. Kita nak kulit sihat dan natural beauty,ā kongsi Mawar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan loghat yang disampaikan pemilik nama penuhĀ WanĀ MawarĀ Shaputri binti Wan AbdulĀ RashidĀ itu.
Selepas hampir sedekad menyepi daripada pentas teater, pelakon Karl Shafek kembali mengubat kerinduan apabila membintangi Teater Muzikal Tomyam Berdarah terbitan CTRA Production yang bakal...