#MHSpeku: ‘Kau Paksa Orang Untuk Cakap Kau Bagus Berlakon, Menyanyi, Masalahnya Bagus Ke?’ – Amyza Aznan Marah Siapa?

Nampaknya sejak filem Badang ditayangkan, pelbagai reaksi diberikan oleh peminat terhadap filem itu.

Rata-ratanya memberikan pendapat peribadi terhadap pelakon utama filem tersebut. Walaupun ada kritikan yang kurang enak didengar namun ada juga yang memuji.

Baru-baru ini MH ada telihat satu komen daripada pelakon popular, Amyza Aznan yang meluahkan rasa geram terhadap seseorang di salah sebuah status pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin tentang filem Badang.

Amyza di ruangan komen status tersebut berkata, industri seni merupakan tempat anak-anak seni sepertinya mencari rezeki dan dia meminta individu tersebut untuk tidak menggunakan platform seni untuk memperluaskan empayar bisnesnya.

IKLAN

Dalam pada itu pengarah tersebut juga berkata di statusnya, dia yang sudah berkecimpung dalam industri selama 20 tahun masih menerima segala kritikan yang dilemparkan kepadanya dan dia juga berkata seharusnya individu tersebut menerima kritikan orang ramai.

Namun begitu, nama individu tersebut tidak pula disebut oleh Shahrulezad mahupun Amyza.

IKLAN

Apapun bagi MH, ini hanya pendapat peribadi Amyza dan Shahrulezad sendiri yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni.

Diharap netizen di luar sana jangan terlalu cepat membuat spekulasi yang bukan-bukan kerana dikhuatiri mengundang fitnah.

Sumber: Facebook Shahrulezad Mohameddin