Video klip Taylor Swift sering mendapat perhatian ramai. Dari satu ke satu lagu semuanya sentia mendapat tempat trending di Youtube.
Malah idea-idea di dalam video klipnya sering menerima pujian kerana sentiasa ada maksud tersirat dan tersurat.
Namun baru-baru ini, MH terbaca satu artikel di luar negara yang mengatakan video klip terbarunya Delicate mendapat ‘kritikan’ apabila dikatakan meniru sebuah iklan pewangi jenama mewah iaitu Kenzo World New Fragrance.
Kedua-dua video ini memaparkan seorang gadis yang super elegen cuba ‘keluar’ dan menjadi dirinya sendiri.
Beberapa aksi dan momen penting dalam video ini turut sama…
1.Pakaian mewah
2.Ekspersi wajah yang lucu
3.Gerakan tarian bebas
4.Lokasi hotel mewah
5.Element magic
6.Bagaikan Buat Persembahan
Sama kan? Tapi tak tahulah jika ia hanya sekadar kebetulan atau apa. Mungkin juga kerana pencipta video klip ini mengambil inspirasi daripada iklan ini. Apapun, MH tidak nafikan lagu dan video klip Taylor yang terbaru ini memang tidak mengecewakan!
Korang lihat sendiri…
https://youtu.be/tCXGJQYZ9JA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI