#MHBreakfirst : 4 Update Hiburan Yang Terjadi Semalam…

1.Misteri Membawa Tuah, The Sacred Riana Juara Asia’s Got Talent Musim Ke-2

Orangnya misteri dan cukup menakutkan. Dengan mengenakan pakaian seragam pinafore setiap minggu dan tidak mengeluarkan dialog yang terlalu banyak, Riana telah menunjukan auranya tersendiri hingga dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim kedua.

MH masih ingat lagi hari pertama gadis yang berasal daripada Indonesia yang terkenal dengan gelaran The Sacred Riana datang audituion di pertandingan ini.

Dengan hanya mengerakkan kepala dan langsung tidak memberi apa-apa ekspresi kepada penonton mahupun juri, Riana sering memukau orang ramai dengan teknik dan trick silap matanya.

Namun untuk Asia’s Got Talent Riana seragamkan pakaiannya dan lebih ‘in character’ dengan rambut lurusnya. Oleh kerana penampilan dan gaya persembahan yang berbeza, Riana mampu meyakinkan penonton, seni persembahan itu cukup subjektif.

Riana telah membawa pulang hadiah utama bernilai USS100,000 hasil undian orang ramai dan dinobatkan sebagai juara musim ke-2 Asia’s Got Talent.

SELANJUTNYA:

Misteri Membawa Tuah, The Sacred Riana Juara Asia’s Got Talent Musim Ke-2

2.’ Happy Birthday, I Love You Loooooongggg Time’ Indah Beri Ucapan Paling Manis Buat Hael

Terbaru, ramai yang menyangka gimik bercinta akan berlaku pada penyanyi Hael Husaini dan Indah Ruhaila. Maklumlah keduanya penyanyi, adakah gimik untuk melariskan lagu akan berlaku sekali lagi? Siapa tahu kan?

IKLAN

Sebelum ini, pernah ada dakwaan mereka sedang bercinta, tetapi disangkal Hael yang mengatakan mereka berdua hanya berteman baik.

Namun, disebabkan mereka sering dilihat keluar bersama dan memuat naik gambar berdua di Instagram masing-masing, spekulasi mereka bercinta kini kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Tambahan lagi, Indah telah memuat naik gambar dia sedang memegang tangan Hael dengan ucapan selamat hari jadi dengan kata-kata yang cukup manis!

SELANJUTNYA:

‘ Happy Birthday, I Love You Loooooongggg Time’ Indah Beri Ucapan Paling Manis Buat Hael

3.Kongsi Niat Bersedekah Bina Surau, Aliff Syukri Dikecam?

Nama pengasas kosmetik terkenal ini, Datuk Aliff Syukri tak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa akan menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi isu lagunya yang telah mendapat banyak ‘dislike’ daripada orang ramai.

Baru-baru ini, Datuk Aliff ada berkongsi dengan pengikutnya di laman Instagram miliknya yang dia akan membina sebuah surau untuk kegunaan orang ramai di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Surau yang diberi nama Surau Aliff Al-Shahida itu katanya adalah antara 20 impiannya yang bakal terlaksana hujung bulan depan dengan nilai tanah sahaja RM6 juta. Wow! Mulia sungguh hati Datuk Aliff kan.

Menurut Datuk Aliff, perancangan ini sudah dirancang sejak tiga tahun yang lalu lagi. Katanya, bukan senang untuk membuat sesuatu yang melibatkan kerajaan, masyarakat dan beberapa pihak lain.

Malangnya, ada juga komen yang Datuk Aliff terima yang mengecam dirinya yang hanya berniat untuk bersedekah.

Apa yang mengecewakan, ada yang mendakwa Datuk Aliff bersifat riak dan menunjuk-nunjuk dengan menyebut nilai kos surau yang akan dibina.

Haishhh entahlah netizen ni, ada sahaja yang tidak kena. Tak apalah Datuk Aliff semoga niat yang baik dibalas dengan baik.

IKLAN

SELANJUTNYA:

Kongsi Niat Bersedekah Bina Surau, Aliff Syukri Dikecam?

4.Orang Ramai Pertikai Wajah Fathia Tidak Flawless Seperti Dulu, Mungkinkah Sebab Tertekan?

Nama Fathia Latiff nampaknya tak pernah lekang dari menjadi bualan orang ramai khususnya di media sosial Twitter dan Instagram. Kalau tidak mengenai mengenai posting luahan suaranya, pasti gambar di Instagramnya akan menjadi tumpuan.

Terbaru, MH terlihat beberapa gambar yang di kongsi Fathia. Wow! Nampaknya aktres jelita itu cuba berjinak-jinak dengan seni bela diri Muay Thai.

Bagaimanapun, Fathia telah menutup ruangan komen gambar tersebut. Ribuan komen telah Fathia terima digambar yang lain, di mana disedang minum dan menampakkan mukanya yang dilihat tidak seperti sebelumnya.

Rata-rata pegikutnya meninggalkan komen mengenai wajahnya seolah-olah yang sedang breakout dan dilihat tidak flawless seperti dahulu.

SELANJUTNYA:

Orang Ramai Pertikai Wajah Fathia Tidak Flawless Seperti Dulu, Mungkinkah Sebab Tertekan?