Nama pengasas kosmetik terkenal ini, Datuk Aliff Syukri tak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa akan menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi isu lagunya yang telah mendapat banyak ‘dislike’ daripada orang ramai.

Baru-baru ini, Datuk Aliff ada berkongsi dengan pengikutnya di laman Instagram miliknya yang dia akan membina sebuah surau untuk kegunaan orang ramai di Kota Damansara, Petaling Jaya.

pahit dan getir..bukan niat sy nak menunjuk cuma sy share kegembiraan dan semngat kpd rakan media sosial saya???? . . hampir 10tahun jenama dherbs.. akhirnya ini antara 20 impian sy yg bakal terlaksana hujung bulan depan dengan nilai tanah sahaja rm6juta nama yg diluluskan pihak jais adalah surau aliff .. syukur alhamdulillah??????Terima kasih Allah atas perjalanan yang memberi pengalaman dan pembelajaran yang sangat berguna. . sampaikan sy mampu mempunyai saya surau saya sndiri di banda kota damansara petaling jaya.. yg telah dirancng 3tahun lepas ..terima kasih kepada ex staff saya en fikry dan memed yg menjaya impian saya ini.. bukan senag weeyy kerja dgn org kerajaan, masyarakat keliling dan banyak pihak yg terlibat.. . . percaya atau tidak hasil apa yg saya ada hari ini hnya sekdar bermodalkan rm450 sahaja berniaga dipasar tani…dan sy sendiri tak sangka diusia 30tahun begini semua impian saya sudah tercapai.. Kepada bakal usahawan di luar sana, usah takut dan gentar utk mahu memulakan langkah. Hanya pengecut sahaja tidak memulakan apa apa untuk kemudian hari. Dan mengeluh dengan nasibnya. Tiada istilah terlambat dalam memulakan sebuah usaha. Hasil yang luar biasa memerlukan usaha dan fokus yang juga luarbiasa . Kepada rakan rakan tak kesah apa yg anda jual ..niaga yang masih di arena, selamat maju jaya saya ucapkan. Bila sale jatuh, bukan ilmu pengurusan yang kita mesti hadam. Ilmu menaikkan sale itu yang lebih utama.. Teruskan usaha anda ke puncak jaya. Setiap yang berlaku pasti punya hikmahnya. InshaAllah allah bijak mencatur segalanya dr insan yg gagal spm dan tak pandai sekeping english aliff syukri kamarzaman .. apa impian awak??? . . sesiapa yg mahu berniaga yg ingin sy bantu dgn modal rm350 boleh wassup sy 0132334133 sy akan adakan seminar bangkit berjaya lagi 2minggu jom sertai sy..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Surau yang diberi nama Surau Aliff Al-Shahida itu katanya adalah antara 20 impiannya yang bakal terlaksana hujung bulan depan dengan nilai tanah sahaja RM6 juta. Wow! Mulia sungguh hati Datuk Aliff kan.

Menurut Datuk Aliff, perancangan ini sudah dirancang sejak tiga tahun yang lalu lagi. Katanya, bukan senang untuk membuat sesuatu yang melibatkan kerajaan, masyarakat dan beberapa pihak lain.

Katanya lagi, dia akui tidak percaya diusianya 30 tahun begini, impiannya sudah tercapai bermula hanya sekadar bermodalkan RM450 dengan berniaga di pasar tani.

IKLAN

Kongsi Niat Bersedekah Bina Surau, Aliff Syukri Dikecam?

Malangnya, ada juga komen yang Datuk Aliff terima yang mengecam dirinya yang hanya berniat untuk bersedekah.

Ada yang mendakwa Datuk Aliff bersifat riak dan menunjuk-nunjuk dengan menyebut nilai kos surau yang akan dibina.

IKLAN

Kongsi Niat Bersedekah Bina Surau, Aliff Syukri Dikecam?

Menyedihkan, ada individu cuba menjatuhkan maruah Datuk Aliff, dengan berkata Datuk Aliff, tidak mempedulikan ayah kandungnya dan adik-adik tirinya.

Komen itu turut mengundang perbalahan antara pengikut Datuk Aliff. Tidak tahan suaminya dikritik, Datin Shahida sendiri turut membalas kenyataan individu terbabit.

IKLAN

Kongsi Niat Bersedekah Bina Surau, Aliff Syukri Dikecam?

Bagaimanapun, ramai pengikutnya sangat mengagumi dengan sikap dermawan Datuk Aliff. Malah,perkongsian ini menjadikan inspirasi buat semua orang.

Kongsi Niat Bersedekah Bina Surau, Aliff Syukri Dikecam?

Apapun, MH cukup kagum dengan usaha Datuk Aliff dan isteri yang membina masa depan dengan usaha sendiri. Selain tak lupa untuk beramal jariah dengan kurniaan rezeki yang diperoleh.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI