1.Izara Ucap Terima Kasih…

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam…

Antara berita hiburan paling hangat diperkatakan sepanjang minggu ini ialah perkahwinan aktres, Izara Aishah bersama jejaka pilihannya, Adib Khalid.

Pelbagai komen positif dan tidak kurang kritikan yang dibuat netizen menerusi media sosial mengenai perjalanan majlis berinai sehinggalah kepada majlis sanding yang berlansung dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran rakan selebriti popular seperti Neelofa, Ummi Nazeera, Fyza Kadir dan ramai lagi.

Berkongsi apakah perasaan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10 ini apabila sudah bergelar isteri, Izara atau lebih mesra disapa Icha di kalangan rakan media mengakui tiada banyak beza perihal rutin kehidupannya.

SELANJUTNYA: Dikata ‘Cantik Bak Puteri’, Izara Aishah Dedikasi Rasa Syukur, Terima Kasih Buat Semua

2.Nana Balas Isu Sinis Tok Ram

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam…

Minggu lalu menerusi konsert Gegar Vaganza 4 (GV4), setiap peserta diberikan tugasan untuk menyanyi secara duet bersama rakan artis lain.

Lalu, salah seorang pesertanya iaitu Lan Kristal telah diberi tugasan untuk mendendangkan lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’Ki dan pasangan duetnya pula adalah Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana.

Ads

Setelah selesai membuat persembahan, Datuk Ramli MS telah memberikan komen agak pedas terhadap persembahan duet berkenaan.

Maestro muzik Malaysia itu telah mengkritik cara nyanyian Nana yang boleh disifatkan sebagai seperti acuh tak acuh.

Rentetan dari komen itu, Nana tampil menafikan pandangan tersebut menerusi akaun Instagramnya…

SELANJUTNYA: Nana Balas Kritikan Sinis Tok Ram di Instagram

3.Izreen Azminda Buka Hati Untuk Seseorang?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam…

Ads

Perasan tak, sekarang ni ada sahaja kisah cinta dan perkahwinan melibatkan selebriti kita. Alhamdulillah dan tahniah buat mereka dari kami andai jalinan cinta yang dijalin berpanjangan hingga ke gerbang perkahwinan.

Bagaimanapun, dalam hati ceria membaca kisah cinta mereka, kami perasan sejak akhir-akhir ini, aktres versatil, Izreen Azminda pun kerap kali memuat naik status ‘ala-ala’ yang menggambarkan dirinya sedang berbunga rasa cinta. Adakah hati pelakon tersebut kini sudah terbuka untuk kembali menerima cinta?

Lebih meyakinkan, sekeping gambar tangan yang dipaparkan memperlihatkan seperti tangan lelaki dan perempuan. Wow…

SELANJUTNYA: Izreen Azminda Macam Bagi Hint Tengah Bahagia, Tapi Dengan… Betul Ke?

Ads

 

4.Elizabeth Tan Belajar Agama Islam

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam…

Gara-gara pernah membuat pengakuan mengalami depresi melampau hingga pernah membayangkan untuk menamatkan riwayatnya kerana menganggap hidup sudah tiada makna atas pelbagai masalah yang berlaku sepanjang hidup, penyanyi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan mengakui sudah mulai bangkit dari kemurungan lalu.

Baginya, apa yang berlaku sepanjang beberapa tempoh kebelakangan ini adalah sesuatu yang mendewasakan dari pelbagai sisi termasuk di dalam kehidupan cintanya.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini ditemui MH ketika rakaman program YouTube The Stage Media Hiburan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pengalaman lalu banyak mengajar dan kini, dia lebih selesa untuk menikmati kehidupan dengan lebih positif dengan cuba untuk belajar seterusnya mendalami pelbagai agama termasuk Islam.

SELANJUTNYA: (#doayangbaikbaik) Elizabeth Tan Akui Sedang Belajar Pelbagai Agama, Termasuk Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI