Perasan tak, sekarang ni ada sahaja kisah cinta dan perkahwinan melibatkan selebriti kita. Alhamdulillah dan tahniah buat mereka dari kami andai jalinan cinta yang dijalin berpanjangan hingga ke gerbang perkahwinan.

Bagaimanapun, dalam hati ceria membaca kisah cinta mereka, kami perasan sejak akhir-akhir ini, aktres versatil, Izreen Azminda pun kerap kali memuat naik status ‘ala-ala’ yang menggambarkan dirinya sedang berbunga rasa cinta. Adakah hati pelakon tersebut kini sudah terbuka untuk kembali menerima cinta?

Lebih meyakinkan, sekeping gambar tangan yang dipaparkan memperlihatkan seperti tangan lelaki dan perempuan. Wow… happy kita kalau betul awak sudah ada orang sayang. Tapi kalau kami silap tafsir gambar dan kapsyen tersebut, maafkan kami ya.

IKLAN

Izreen Azminda Macam Bagi Hint Tengah Bahagia, Tapi Dengan… Betul Ke?

Namun apa yang tidak sedap didengar, menurut sumber kononnya posting yang dimuat naik Izreen ditujukan buat jejaka yang juga merupakan suami orang. Alamak… betul ke? Tapi jangan buat speku lebih-lebih ya takut nanti tafsiran tersebut tidak benar sama sekali.

IKLAN

Selagi ia tidak keluar dari mulut si empunya diri, lebih elok agar kita fikir yang baik-baik saja. Apa pun, andai betul Izreen sedang bahagia dengan mana-mana lelaki, MH pun tumpang gembira. Kami doakan semuanya dipermudahkan.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI