Gara-gara pernah membuat pengakuan mengalami depresi melampau hingga pernah membayangkan untuk menamatkan riwayatnya kerana menganggap hidup sudah tiada makna atas pelbagai masalah yang berlaku sepanjang hidup, penyanyi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan mengakui sudah mulai bangkit dari kemurungan lalu.

Baginya, apa yang berlaku sepanjang beberapa tempoh kebelakangan ini adalah sesuatu yang mendewasakan dari pelbagai sisi termasuk di dalam kehidupan cintanya.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini ditemui MH ketika rakaman program YouTube The Stage Media Hiburan baru-baru ini.

IKLAN

Tambahnya lagi, pengalaman lalu banyak mengajar dan kini, dia lebih selesa untuk menikmati kehidupan dengan lebih positif dengan cuba untuk belajar seterusnya mendalami pelbagai agama termasuk Islam.

(#doayangbaikbaik) Elizabeth Tan Akui Sedang Belajar Pelbagai Agama, Termasuk Islam

IKLAN

“Saya pasti, kita semua mempunyai pandangan dan pendirian sendiri terhadap sesuatu perkara. Tapi ini adalah kehidupan saya dan biarlah saya pilih kehidupan sendiri. Meski saya dibesarkan keluarga, tetapi saya ni jenis yang tanya banyak soalan mengenai kehidupan pada mereka,” kongsi Lizzy jujur.

Bagaimanapun, jelas Lizzy, dia tidak hanya cuba untuk belajar mengenai Islam semata-mata, tetapi agama serta kepercayaan lain juga.

“Saya banyak baca buku dan tonton video menerusi YouTube. Ada satu saluran yang mana saya  tonton dan kandungannya tidak hanya terhad kepada suatu agama sahaja. Jadi dari situlah saya cuba fahami sedikit demi sedikit. Rasai ingin tahu begitu tebal,” katanya yang tidak menolak pergaulannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu mendorong kepada minat untuk mendalami agama Islam secara serius selain pengalaman lalu yang banyak memotivasikan diri.

(#doayangbaikbaik) Elizabeth Tan Akui Sedang Belajar Pelbagai Agama, Termasuk Islam

IKLAN

“Bagi saya, kalaulah saya bakal anut mana-mana agama sekali pun, biarlah saya anutinya dengan ikhlas. Bukan hanya terikut-ikut. Lebih baik saya fahaminya secara menyeluruh,” kongsi Lizzy yang bakal muncul menerusi filem indie bersama Kamal Adli berjudul Escape tahun hadapan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI