1. Sharifah Shahirah Kongsi Cerita Suami Pernah Berlakon Jadi Sinbad Di Kaabah

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelakon dan pengacara popular, Sharifah Shahirah menerusi akaun Insatagramnya telah berkongsi cerita tentang suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Ijoy Azhari pernah berlakon di Kaabah bersama sebuah produksi daripada negara Arab Saudi dan Jepun.

Menurut pelakon ini yang lebih mesra dengan panggilan Shiera, dia berkata Ijoy memegang watak sebagai Sinbad pada tahun 1990 dan ketika itu umurnya barr 16 tahun.

 

2. Rumah Taylor Swift Diceroboh Peminat Fanatik

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

IKLAN

Terdapat segelintir peminat kepada selebriti yang terlebih fanatik sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Menerusi laporan The Sun, Independent, rumah penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift telah diceroboh oleh peminat fanatiknya ketika penyanyi itu tiada di rumahnya.

Peminatnya itu bukan sahaja menceroboh malah telah mandi dan juga tidur di katil Taylor.

Walau bagaimanapun, peminat yang dikenali dengan nama Roger Alvarado itu telahpun ditangkap oleh pihak polis New York.

IKLAN

 

3. Azwan Ali Mahu Menentang Abangnya, Bakal Bertanding Di PRU-14

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Selebriti popular, Azwan Ali menerusi sumber BH Online mengesahkan bahawa dia akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umur Ke-14 (PRU-14) untuk menentang abangnya sendri iaitu Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

IKLAN

Menurut sumber lagi yang dipetik daripada NSTP, Azwan akan bertanding di mana sahaja kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi oleh abangnya.

“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat.

 

“Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,” katanya kepada NSTP.

 

4. ‘Saya Harap Geng Makcik Bawang Dihapuskan’ – Shahrol Shiro

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini

Pelawak terkenal, Shahrul Shiro berkata kepada sumber Sinar Harian bahawazaman sekarang ini terlalu banyak ‘geng makcik bawang’ yang sering menyebarkan fitnah serta berita palsu di media sosial.

Shahrol yang juga pernah menjadi mangsa berita palsu di mana dia dikatakan telah meninggal dunia sebelum ini berkata, sekarang ini geng makcik bawang dilihat semakin berleluasa dan itulah yang menjadi punca penyebaran berita palsu.

“Mereka gigih mahu menjalankan tugas wartawan tanpa tauliah selain berlumba-lumba menjadi yang terawal menyampaikan sesuatu berita sedangkan kesahihan berita itu tidak diketahui.

 

“Justeru saya berharap mak cik-mak cik bawang ini dapat dihapuskan,” katanya kepada Sinar Harian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI