1. Catriona Ross Nafi Sudah Bercerai

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Baru-baru ini ada desas-desus yang mengatakan pelakon cantik, Catriona Ross sudah bercerai dengan suaminya.

Namun begitu menurut laporan Harian Metro, Catriona menyangkal dakwaan tersebut dan berkata dia dan suaminya lebih mengetahui segala yang berlaku dalam masjid yang mereka bina malah pelakon ini juga tidak mudah melatah apabila isu tersebut hebih diperkatakan orang ramai.

“Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai?

 

“Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.

 

2. ‘Selepas Ini Kami Akan Mengikut Haluan Hidup Masing-masing’ – KRU Umum Bubarkan Kumpulan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

MH pasti ramai yang kenal dengan kumpulan KRU yang telah lama bertapak dalam industri seni tanah air, namun begitu salah seorang ahli kumpulan KRU , Yusry menerusi sumber Astro Gempak telah menjelaskan bahawa mereka telah bersepakat untuk membubarkan kumpulan ini sebaik sahaja tamat persembahan konsert terakhir mereka pada 6 Mei ini di Istana Budaya.

IKLAN

“Alhamdulillah, setelah membuat perbincangan kami mengambil kata sepakat untuk membubarkan kumpulan ini setelah 25 tahun.

 

“Kami akan membubarkan kumpulan ini sejurus mengadakan konsert pada 6 Mei ini di Istana Budaya.

 

“Konsert itu merupakan persembahan terakhir kami bersama-sama sebagai sebuah kumpulan di atas pentas mengadakan persembahan.

 

“Selepas ini kami akan mengikut haluan hidup masing-masing dan lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga,” katanya kepada Astro Gempak.

 

3. Anak Azad Jazmin Fasih Berbahasa Tamil, Curi Perhatian Netizen

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Pelakon popular, Azad Jazmin memang terkenal dengan sifat lucu dan slumbernya yang sering sahaja membuatkan netizen terhibur.

IKLAN

Terbaru, gelagat anak sulung Azad, Amarra Sofea Rose yang fasih berbahasa Tamil berjaya mencuri tumpuan netizen dan sekaligus membuat mereka terhibur.

Video Amarra berbahasa Tamil itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh akaun Instagram milik program Meletop malam kelmarin.

IKLAN

 

4. Tidak Mahu Pihak Yang Membuat Fitnah Cari Dirinya Di Akhirat, Shahrol Shiro Ampunkan Dosa Mereka

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Menarik Pagi Ini!

Terlalu banyak berita palsu yang disebarkan di internet dalam zaman yang semakin moden sekarang ini.

Pelawak, Shahrol Shiro juga merupakan salah seorang mangsa yang pernah menjadi bahan berita palsu di mana dia telah dikatakan meninggal dunia.

Menurut laporan Mstar Online, Shahrol telah memaafkan pihak yang membuat fitnah tersebut walaupun berita itu menyakitkan hatinya.

“Memang berita mengatakan saya meninggal dunia sangat menyakitkan hati saya tetapi saya memilih untuk memaafkan pihak yang membuat fitnah itu.

 

“Saya ampunkan mereka kerana tidak mahu mereka mencari saya di akhirat nanti,” katanya kepada Mstar Online.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI