1. Sajat Bersedih Kerana Dimarahi Aliff Syukri? Netizen Anggap Propa!

#MHBreakfirst : 4 Selebriti Dapat Simpati Peminat Malam Tadi…

Seperti yang semua tahu beberapa hari yang lalu Sajat dan Datuk Seri Aliff Syukri ada ke beberapa buah negara seperti Spain dan Turkey untuk menjayakan sesi rakaman video klip lagu Abang Nak Tegur.

Walaupun pada mulanya perjalanan mereka nampak begitu lancar dan teratur namun sejak Aliff memuat naik video merayu untuk memujuk isterinya turut menyanyi lagi ini, keadaan agak berubah dan nampak agak tegang.

Mungkin tindakan jujur Aliff telah membuatkan Sajat bersedih hati dan lebih lagi baru-baru ini sebuah video yang memaparkan Aliff memarahinya viral di media sosial kerana dikatakan tidak reti menari.

Pada mulanya ramai yang memberi simpati kepada mereka berdua namun ada juga yang dapat menghidu sesuatu hingga menganggap pasangan ini hanya propa untuk menaikkan rating lagu mereka.

SELANJUTNYA: #MHSpeku : Sajat Bersedih, Netizen Anggap Hanya Propa!

2. Nora Danish Berkerusi Roda?

#MHBreakfirst : 4 Selebriti Dapat Simpati Peminat Malam Tadi…

MH perasan sejak akhir-akhir ini Nora Danish sering menghabiskan masa di atas kerusi beroda.

Malah, Nedim turut memuat naik sebuah video menunjukan bertapa ‘addicted’ isterinya ini di atas kerusi itu.

IKLAN

Melalui sebuah posting Nora ada memberitahu sejak akhir-akhir ini dia memang tidak sihat memandangkan kondisinya yang sedang sarat mengandung.

Malah dalam posting tersebut turut kelihatan Nora seperti tidak larat untuk bergerak ke mana-mana dan hanya duduk di atas kerusi sahaja.

SELANJUTNYA: Nora Danish Kini Berkerusi Roda?

3. Selamat Tinggal Syura! Peminat Pertikai Mengapa Syura Tersingkir

#MHBreakfirst : 4 Selebriti Dapat Simpati Peminat Malam Tadi…

Nampaknya jangkaan orang ramai yang memikirkan Syura bakal ke peringkat akhir meleset apabila peserta bersuara lemak ini terpaksa akur dengan keputusan Gegar Vaganza 4 diumumkan sebagai peserta yang tersingkir malam tadi.

IKLAN

Seperti yang kita tahu rata-rata netizen memang sering memuji persembahan dan vokal Syura. Malah karakternya yang lembut membuatkan ramai yang lebih menyukai dirinya.

Melalui sebuah posting di media sosial Gegar Vaganza Official, ramai peminat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Syura.

Bagi mereka, Syura sering tidak bernasib baik kerana menerima lagu yang kurang sedap dan tidak mencabar vokalnya.

Malah, ramai juga mempertikaikan pemilihan juri kerana menganggap peserta yang lebih teruk malam semalam adalah Firman.

#MHBreakfirst : 4 Selebriti Dapat Simpati Peminat Malam Tadi… #MHBreakfirst : 4 Selebriti Dapat Simpati Peminat Malam Tadi…

IKLAN

Tetapi bagi MH mungkin setiap yang berlaku ini ada jawapannya. Salah satunya adalah percaya pada rezeki, mungkin perjalanan Syura untuk program ini sampai di sini sahaja.
Dan ke-2 mungkin juga sebenarnya GV4 mementingkan dan mencari seorang entertainer yang menarik bukan setakat penyanyi hebat betul tak?

Apapun MH percaya Syura dah lakukan yang terbaik malam tadi dan walau di mana sekalipun Syura berada kami tetap akan ingat namanya dalam industri.

4. Netizen Minta Tasha Shilla Tutup Ruangan Komen

#MHBreakfirst : 4 Selebriti Dapat Simpati Peminat Malam Tadi…

Fuhh terkejut kami melihat bertapa teruknya sesetengah individu menghentam tindakan Tasha Shilla yang telah berkongsi gambarnya bercuti di sebuah pantai dengan mengenakan seluar pendek yang hampir menampakkan punggungnya.

BACA: ‘Banga Ye Tunjuk Gambar Macam Tu?’ Netizen Kecam Tasha Shilla Muat Naik Gambar Hampir Nampak Punggung

Walaupun ramai yang kurang suka tindakan pelakon manis ini, tetapi ramai juga yang turut berkongsi simpati kepadanya kerana menjadi mangsa tomohan netizen.

Rata-rata yang bersimpati meminta pelakon tersebut untuk menutup ruangan komen kerana tidak sanggup melihat kata-kata dan respon negatif terhadap gambar yang dimuat naiknya.

Apapun bagi MH, Tasha harus kuat dan sabar untuk lalui semua ini. Maklumlah, sebagai selebriti segala berbuatan Tasha akan menjadi perhatian ramai.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI