MH perasan sejak akhir-akhir ini Nora Danish sering menghabiskan masa di atas kerusi beroda.

Malah, Nedim turut memuat naik sebuah video di Insta Stories menunjukan bertapa ‘seronok’ isterinya ini di atas kerusi roda.

Melalui sebuah posting Nora ada memberitahu sejak akhir-akhir ini dia memang tidak sihat memandangkan kondisinya yang sedang sarat mengandung.

Turut kelihatan Nora seperti tidak larat untuk bergerak ke mana-mana dan hanya duduk di atas kerusi sahaja.

Terbaharu MH mengintai akaun instagram suami kepada pelakon comel ini dan jelas kelihatan Nora sedang bergembira mencuba kerusi roda terbaharunya!

Ya, benar! Memang Nora berkerusi roda. Namun menurut Nedim dalam video yang dikongsikannya itu kemungkinan besar Nora mengalami kesukaran bergerak kerana bayi yang dikandungnya itu terlalu berat.

IKLAN

 

Nora yang kelihatan cukup manja bersama suaminya itu memberitahu agar jangan risau tentang kesihatanya kerana ia mungkin tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Nora Danish Berkerusi Roda?

Nora Danish Berkerusi Roda?

IKLAN

“No I will be fine, kejap sahaja ni,” jelas Nora dengan cukup tenang.

MH difahamkan Nora mengalami sakit kaki sejak kebelakangan ini hingga membuatkan dirinya sukar berjalan dan berdiri terlalu lama.

Nora Danish Berkerusi Roda?

Nora Danish Berkerusi Roda?

Terdahulu Nora pernah berkongsi pada semua pengikutnya tentang perubahan badan dan pengalamannya mengandung kali ini agak berbeza dari sebelum.

IKLAN

Malah, anak yang dikandungnya kini agak aktif di dalam perut dan sering bergerak hungga kerap mengejutnya di tengah lewat malam.

Namun baginya semua itu tidak menjadi masalah kerana itu menandakan anaknya berada dalam keadaan yang baik dan janji Ney Ney sihat.

Biasalah tu, lain orang lain kesakitan yang dihadapi bila mengandung kan? Apapun MH doakan yang terbaik buat Nora dan Nedim dan mudah-mudahan rasa sakit kaki itu beransur baik!

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI