Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah apabila kehilangan insan tersayang buat selamanya dan itulah yang dirasai oleh penyanyi, Bunga Citra Lestari selepas arwah suaminya, Ashraf Sinclair meninggal dunia 18 Februari lalu.
Penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada menitipkan ucapan salam ramadan buat pengikutnya menerusi InstaStories.
Dalam pada itu, Bunga turut mengakui sambutan ramadan tahun ini berbeza daripada sebelumnya dan berharap dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.
“Marhaban Yaa Ramadan…Selamat menunaikan puasa Ramadan1441H untuk teman-teman semua.
Ads
“Meskipun Ramadan tahun ini akan berbeda, aku berharap kita semua dapat menjalankan ibadah dengan lancar.
“Semoga bulan ini membawa banyak berkah untuk kita semua, mohon maaf lahir dan batin.
Ads
“Bunga Citra Lestari, Noah & Keluarga,” tulisnya.
Ads
Imbas Kembali, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi yang pelbagai.
Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada Neelofa pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syatilla Melvin ada mengimbau kembali detik ketika dirinya aktif berlakon.
Luahnya jujur, pernah satu ketika duit di dalam akaun bank hanya berbaki RM200 sahaja meski ketika itu sedang ‘lebat’ dengan tawaran berlakon.
Lalu disebabkan itulah, dia mengambil keputusan berniaga secara talian kerana tidak mahu bergantung kepada kedua ibu bapa meski tidak begitu arif pada waktu itu.
“Dulu masa tilla giat belakon, sejujurnya tilla xnampak pun mana pergi duit tilla. Ada satu masa duit dalam acc tinggal RM200 ja.
“Macam mana lah aku nk isi minyak kereta, nak byr tol nak makan nak survive, lilahitaala tilla dh rasa perasaan yg sgt2 tak best bila duit dlm acc xdak. Tak best sangat perasaan tu!!
“Then, tilla decide utk meniaga online.xpandai apa masa tu!tpi gigih jugak buat sebab aku fikir,takkan aku nk minta duit blnja kt mak ayah aku sedangkan aku boleh cari income sendiri,malu lah wei!!!! Tilla start jual CARDIGAN LABUH online,” tulisnya.
Bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa itu juga mendedahkan pada waktu itu, dia melakukan secara sendiri, daripada proses penghantaran sehinggalah terpaksa mengusung hingga tiga beg besar demi menjana pendapatan.
Atas suksesnya kini, ibu kepada dua anak ini memanjatkan rasa syukur atas bisnes yang diuruskan bersama adik-beradik lainnya.
“Alhamdulillah dapat laa tengok duit tu beranak sikit2 dalam acc bank. Lega sikit rasa. masa tu,tilla lah yg buat postage,reply whatapp sendiri,packing sendiri, usung beg ikea 2 3beg sorang2 pergi pos kt melawati. Allah xboleh lupa sungguh!
“Start dri situ sampai harini,tilla dapat kumpul duit buat simpanan.alhamdulillah allah hadirkan pulak @kekasih_hq utk kami adikberadik usahakan, lagi bertambah rezeki kami sebab kami bukan berniaga sendiri, KAMI BERKONGSI dengan semua org yg MACAM TILLA DI ATAS.
“Ya allah, engkau permudahkanlah segala urusan kami ya allah, berkatilah @kekasih_hq dan team2 kami ya allah.
“Jangan putuskan rezeki kami ya allah kerana masih ramai yg memerlukan kami ya allah. Amain ya rabbal alamin!!
Klik link di bio utk join #themelvinscircle,” kongsi finalis Dewi Remaja 2010 itu panjang lebar.
Sekadar makluman, Syatilla dan suaminya yang juga pelakon, Shaheizy Sam berkahwin pada Februari 2016 dan menerima dua cahaya mata, Syeriv Samheizy dan Sarima.
Foto : Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.