Pelakon, Tasha Shilla,33, selamat bergelar tunangan kepada Muhammad Atiq Bin Idris, 33, yang bertugas dalam bidang kewangan di dalam satu majlis istimewa yang dilangsungkan di Aireka Event Space, Empire Damansara, pada Ahad.
Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak dan pasangannya dijangka disatukan dalam tempoh terdekat.
Bintang filem Rock Oo! itu tampak manis mengenakan persalinan rona jingga cair dari PU3 Design menerima sebentuk cincin, tepak sireh serta beberapa hadiah sampingan lainnya.
Terdahulu Tasha dirisik pihak lelaki pada 1 Februari lalu.
Cincin pertunangan disarungkan ibu pihak lelaki, Puan Rahimah Yoep sambil diperhatikan ibu pelakon berkenaan.
Ads
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka majlis tunang kami berjalan dengan semeriah ini. Meski perkenalan kami boleh dikatakan singkat, tetapi saya bersyukur kerana sudah sampai jodohnya, terbuka hati.
“Rasa tenang dan bila bertemu dengan Atiq, saya dapat rasakan hadirnya cinta sejati apabila bertemu dengannya.
“Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan majlis berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.
Ads
“Semoga segalanya akan dipermudahkan selepas ini, insyaAllah,” katanya yang bakal menjemput pihak media bagi meraikan majlis raja seharinya tidak lama lagi.
Difahamkan, majlis pernikahan mereka bakal dilangsungkan hujung bulan ini di ibu negara.
Ads
Sementara itu, Atiq ketika ditanya mengenai personaliti bakal isteri, menyifatkan bintang tersebut seorang yang baik dan memenuhi ciri-ciri wanita idamannya.
“Meski dia nampak garang pada luaran, tetapi hatinya sangat baik. Seorang yang lembut, sayangkan keluarga dan sukakan kanak-kanak.
“Dia juga menjaga solat dan kami saling kenal ketika dia melakukan satu majlis amal di Masjid Wilayah,” jelas Atiq jujur.
Pasangan sama cantik sama padan ini mulai menjalin hubungan rapat sejak Disember lalu menerusi rakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mawar Rashid beberapa hari lalu ada berkongsi perasaan syahdu serta rasa syukur apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kalinya.
Turut bersama-sama dalam rombongan umrah berkenaan ialah suami, Raf Yaakob serta anak lelaki mereka, Raden Muhammad Rafael.
Titip Mawar menerusi ruangan kapsyen pautan video yang dikongsi, perasaan yang dialami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Malah, bintang utama drama bersiri TQ Captain itu dilihat turut menitiskan air mata di hadapan Kaabah selain merakamkan rasa syukur kerana dapat menjejakan kaki ke tanah suci.
“Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. Alhamdulillah kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami. Dah lama sbenarnya Mawar pasang niat akhirnya tertunai.
“Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari الله SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya.
“Perasaan yg tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA,” tulisnya.
Mawar pada masa sama turut menyatakan, dirinya terasa kerdil dan mendoakan kebaikan kepada semua umat.
“Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni utk perbetulkan diri Mawar kembali ke fitrahNya.
“YA ALLAH YA TUHANKU, Kau kurniakan kesihatan yang baik dan Kau panjangkanlah umur Daku, dan ahli keluargaku, dan kepada semua yg membaca.
Tahniah! PU Abu Dapat Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Uwais Al-Mateen
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi rasa gembira selepas isterinya, Hana Azraa selamat melahirkan cahaya mata pada 1 Februari lalu jam 6:59 pagi.
Memilih nama Uwais Al-Mateen, bayi lelaki itu dilahirakan seberat 3.12kg.
Perkara itu dikongsikan Abu di Instagramnya.
“Syukur pada Allah! Pada tanggal 1 Februari 2020 jam 6.59 pagi lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kg.Moga menjadi anak yang soleh, kehidupan mu memberikan manfaat kepada orang yang lain dan paling penting diri mu mampu memberikan sumbangan kepada Islam.
“Terima kasih @hanaazraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita.Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus.Terima kasih mummy♥️ ♥️♥️
Muhammad Uwais Al-Mateen bin Muhammad Abu Sufyan,” tulisnya.
Selesi menunaikan ibadah umrah, penyanyi Mas Idayu meluahkan kesedihan apabila terpaksa meninggalkan bumi Anbia itu.
Luahnya di Instagram, meski dirinya tidak layak berada di sana namun dia bersyukur kerana masih dijemput menjadi tetamu Allah.
“ya Rasullullah, setelah aku bersedih meninggalkan kota mecca dan masjidilharam ,hari ini airmata ku mengalir lagi kerana meninggalkan mu ya rasullullah ,, aku kotor, aku kecil, aku tak layak berada di sini.
“Tapi Allah masih menjemputku itu aku begitu bersyukur, setiap hari aku buka jendela kamarku dikota medinah ini, aku dapat melihat kubah hijaumu, makam mu, aku beri salam padamu ……. aku akan merindui Alharam, Masjid nabawi , masjidilharam,” luahnya.
Malah dia turut memanjatkan doa agar diberi petunjuk dan hidayah supaya dapat menjadi insan yang lebih baik.
“Aku berdoa Allah terima umrahku, umrah jemaah bersama ku, umrah sahabatku , setelah pulang menjadi yang lebih baik itu adalah yang Mabrur,, sekira sebaliknya , berilah petunjuk dan hidayah buat kami agar jadi lebih baik ya Allah.
“Ya RASULLULLAH aku rindu padamu, aku tidak baik, aku ingin menjadi baik , ingatlah NAMAKU YA RASULLULLAH,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.