Pelakon, Azhan Rani memaklumkan ibunya kini masih lagi dirawat di hospital dan memerlukan pemantauan rapi selepas dilaporkan pengsan hampir tiga kali ketika di rumah.
Bagaimanapun, Azhan memberitahu keadaan ibunya sudah beransur baik dan kini sedang menjadi rawatan fisioterapi dan pemulihan.
“Mak saya sekarang berada dalam keadaan terbaring. Namun, perkembangan dia agak bagus berbanding hari pertama. Sebelum ini, dia pernah tumbang hampir tiga kali di rumah.
“Berat badan pun dah menurun secara drastik iaitu 32 kilogram tapi selera makannya sudah kembali okay.
“Ketika ini, dia tak mampu untuk duduk, berdiri dan berjalan. Kita kena ajar dia bertatih dan bertongkat.
“Mak saya masih lagi perlu diurus sebab dia masih pakai lampin 24 jam. Perlu ada orang yang jaga untuk tukar pakaian. Sekarang saya bergilir-gilir dengan adik,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini
turut mengingatkan anak-anak di luar sana untuk tidak merasa susah untuk menjaga ibu bapa yang sakit.
“Untuk menguruskan mak yang sudah tua dan sakit sememangnya bukan mudah. Apatah lagi bila anak-anak lelaki nak menjaga orang perempuan.
“Kita kena buang perasaan malu, kotor atau geli nak bersihkan najis. Buat anak-anak di luar sana, kalau kita rasa itu susah, itulah yang mak kita lalui dahulu.
“Kalau kita rasa dia menyusahkan kita, memang patut pun. Kita pun dah susahkan dia berkali-kali ganda ketika kita kecil,” ujarnya lagi.
Ads
Azhan berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Budak Hostel Otanya Sewel yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga sudah melihat pelbagai rakam keluarga ketika berada di hospital.
“Bila berada di hospital, saya dapat melihat keadaan ibu bapa orang lain. Ada ibu bapa yang tiada pun anak-anak datang tengok. Sampai nak suap makanan pun kena minta tolong orang lain.
Ads
“Bila orang tua sakit, janganlah ramai-ramai datang ketika waktu melawat. Orang tua yang sakit, dia tak perlukan pelawat tetapi penjaga. Jagalah, jangan datang melawat. Itu sahaja syurga yang kita ada,” katanya lagi.
Kongsinya lagi, anak-anak perlu berbincang sesama adik-beradik demi memastikan kebajikan ibu bapa sentiasa terjaga.
“Seorang anak perlu mengambil tanggungjawab yang lebih. Kalau kita kumpulkan alasan? Rasanya ibubapa kita akan terbiar.
“Orang lain yang punyai ramai adik-beradik pun akan susah nak jaga mak. Tapi alasan sebegitu tidak akan ada pada mak kita. Seorang mak boleh jaga sampai 10 orang anak.
“Saya tak anggap ini satu pengorbanan tapi ia merupakan tanggungjawab,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Aliff Aziz yang memuat naik sekping foto bersama seorang model dikenali sebagai Tika Sheikh di media sosial nyata mendapat perhatian netizen.
Sehinggakan, ada di antara mereka yang bertanya hal sama terhadap bekas isterinya, Bella Astillah.
Lantas, Bella Astillah ada merakam video dan menjawab tenang terhadap apa yang disampaikan netizen berhubung isu gambar berkenaan.
“Hai, ramai giler yang DM saya, cakap-cakap macam nak provok gambar Aliff (bersama seorang model)…
“Tapi saya tak kisah pun sebab kami dah tak ada kena mengena. Lagipun dia di Singapura, saya di Malaysia.
“Saya okay je. Bye. Assalamualaikum,” rakam Bella lalu ia dimuat naik menerusi Insta Stories.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Adik kepada pelakon, Syatilla iaitu Syida Melvin bakal mengakiri zaman bujang bersama lelaki pilihan hati, Mohamad Shafiq Azim Shaheen pada 19 Januari depan.
Sementara pada 26 Januari pula, Syida yang juga merupakan pendatang baru dalam dunia lakonan bakal mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Telah pun mengagihkan kad undangan ke majlis resepsi kepada rakan media terpilih, pelakon Dodol Untuk Menantu ini telah pun mengikat tali pertunangan bersama Shafiq pada 18 Jun tahun lalu.
Shafiq merupakan anak lelaki kepada Allahyarhamah Datuk Wira Dr.Maznah Hamid yang sinonim dengan jolokan ‘Iron Lady Malaysia’. Difahamkan, bakal imamnya merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Securiforce Sdn.Bhd.
Penyanyi antarabangsa, Charlie Puth mengesahkan dia bakal tampil dengan single baharu berjudul Left And Right, kolaborasi bersama ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Walaupun hanya akan dilancarkan pada 24 Jun ini, namun rata-rata peminat kedua-dua penyanyi popular itu sudah tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut.
Charlie sempat mempromosikan ‘snippet’ lagu tersebut di laman TikTok sehinggakan menjadi antara video yang trending di platform itu baru-baru ini.
Duo ini turut ‘menghadiahkan’ peminat dengan foto promosi single tersebut dengan berpakaian serba hitam dan putih.
Jungkook kini memberikan fokus terhadap kerjaya seni secara solo selepas BTS baru-baru ini mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti berkumpulan.
Pengumuman itu dibuat BTS pada sambutan ulang tahun kesembilan kumpulan itu pada 13 Jun lalu.
Selain Jungkook, BTS yang popular dengan lagu Dynamite dan Butter itu turut dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan V.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.