Pelawak, Ali Puteh, meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana telah menganugerahkannya dua orang cahaya mata.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak, alangkah indah jika perasaan tersebut dapat dikongsikan bersama Allahyarham anak keduanya, Ainul Mardhiah dan abangnya, Abam Bocey.

Bagaimanapun, dia menyifatkan kedua-dua individu yang paling disayanginya itu kini berada di tempat yang lebih baik.

“Diam tak diam dua anak dah, kalau arwah adik ada dan masih hidup 3 dah anak-anak walid.

IKLAN

“Kalau arwah pak cik Abam ada mesti lagi seronok, tapi tak mengapa. Dia di sana dengan arwah Ainul Mardhiah seronok bermain di taman syurga.

“Semoga berjumpa kita sekeluarga di sana nanti. Rindu adik rindu Hamzah rindu Pakcik Abam. Terus membesar anak-anak walid berjaya dunia akhirat,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah comel anaknya itu selain turut mendoakan semoga Allahyarham Ainul dan Abam ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Mereka Seronok Bermain Di Taman Syurga, – Syukur Masih Ada 2 Anak, Ali Puteh Reda Kehilangan Bayi & Abang Tercinta “Mereka Seronok Bermain Di Taman Syurga, – Syukur Masih Ada 2 Anak, Ali Puteh Reda Kehilangan Bayi & Abang Tercinta

IKLAN

Terdahulu, Ali telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Melati Fitri Abdullah pada Mei 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sharifah Nur Aaira Qaireen dan Syed Umar Iskandar manakala seorang lagi anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Abangnya pula, Syed Umar Mokhtar atau lebih sinonim dengan panggilan Abam Bocey telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10 Februari akibat demam panas.

Sumber: Instagram Ali Puteh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI