Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz ada berkongsi berita bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Menurut Azira, dia telah dimasukkan ke hospital akibat terkena serangan suhu badan yang panas, awal pagi tadi.
Menyedihkan, penyanyi anggota kumpulan De Fam ini menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-28 tahun, hari ini.
“28. Alhamdullilah, happy birthday to libra babies It’s a bummer to be celebrating my bday in the hospital cause my body ‘SUHU PANAS PANAS’,” tulisnya.
Untuk rekod, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan telah dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.
Foto: Instagram Azira Shafinaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak mudah untuk bangkit dari kesusahan dan kekecewaan yang pernah dilaluli, penyanyi Siti Sarah ada memberi kata-kata nasihat bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Menurut penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kesetiaan ini, kita harus sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang berlaku dalam kehidupan kita.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menegaskan jangan mudah menyerah dan putus asa.
“Apapun yg terjadi hari ini, .Bersabarlah. Allah selalu menguji orang yang masa depannya BESAR.
“Dengan KESULITAN dan KEKECEWAAN. Yang penting…
“Kita tidak MENYERAH… SUKSESS sedang menunggu dihadapan ! @ratasyacosmetics,” tulisnya.
Pelakon, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon kelahiran Labuan itu, dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun, semalam.
Menerusi entri tersebut, Nazim berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sedang menanti jodoh untuk dirinya.
“Hari ni Hari Malaysia. 16 September adalah tarikh saya lahir. Selamat bercuti pada ulangtahun hari kelahiranku.
“Alhamdulliah, masih dikurniakan nafas dan kekuatan untuk menempuh hidup yang wow! Full of surprises. Anyway , saya bersyukur atas kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa mengalir dan jugak ruang untuk memperbaiki kekurangan diri yang penuh khilaf ini.
“Cuma jodoh je tengah kutunggu untuk kujaga dan dijaga olehnya.
“Tak nak hadiah. Rumah dah penuh barang nak letak hadiah tak tau kat mana. Kek pun tak nak. Lebih baik awak simpan duit tu dalam tabung atau bagi kat anak-anak yatim.
“Saya cuma nak dengar doa yang baik-baik je dari korang untuk saya sempena hari jadi saya ni. Thank U guys! May God bless us all.,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar Nazim dipertemukan jodoh yang baik dan dipanjangkan umur.
Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon dan model, Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 2 Mei 2018.
Foto : Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Terdahulu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Foto: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.