Genap berusia 29 tahun pada Selasa, penyanyi Khai Bahar berkongsi gambar sambutan ulang tahun kelahirannya di laman Instagram miliknya.
Disambut dengan kek bertemakan watak Marvel, Dr Strange, Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin secara berseloroh memohon agar tidak lagi ditanya tentang soal bila mahu mendirikan rumah tangga.
“Sedar-sedar dah masuk 29, huhu.. jangan tanya pasai kahwin lagi nah,” tulis Khai di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruang komen, pengacara Hawa Rizwana yang namanya kini dikaitkan dengan Khai turut mengirimkan ucapan buat teman baiknya itu.
Ads
“Happy birthday Khai!” coret Hawa.
Peminat Khai juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat ulang tahun buat penyanyi kesayangan mereka itu selain mendoakan agar Khai cepat dipertemukan jodoh.
Nampaknya kehebatan Tan Sri Michelle Yeoh terus mendominasi dunia perfileman Hollywood.
Wanita berusia 60 tahun itu baru sahaja diumumkan sebagai pemenang Anugerah Screen Actors Guild Awards 2023 bagi kategori Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita bagi Watak Utama. Beliau menerima anugerah itu untuk peranannya sebagai Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Dalam majlis gemilang yang didakan di Los Angeles, kemenangannya itu mencipta sejarah tersendiri apabila beliau merupakan pelakon Asia pertama yang membawa pulang penghormatan tertinggi tersebut.
Ini merupakan kemenangan ketiganya tahun ini selepas memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di National Board Review Awards dan juga Golden Globes.
Sentiasa membawa isu mengenai pelakon berdarah Asia di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh menyelitkan mesej penting ketika menerima anugerah. Ujarnya, “Ini bukan hanya untuk saya, ini untuk setiap gadis kecil yang kelihatan seperti saya.”
Imbas kembali, anak jati Ipoh, Perak merupakan Miss Malaysia World 1983 dan kemudiannya melebarkan sayapnya dalam dunia seni di Hong Kong sebelum ke Hollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada vokalis band Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah, Resya Ab Rahman akui reda selepas memaklumkan bayi di dalam kandungannya yang baru berusia lima bulan setengah kini sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh oleh Resya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
We had a baby. But today was the day that we finally said goodbye to him.
“Daripada momen paling gembira ke momen paling sedih. Daripada tangisan kegembiraan ke tangisan kepedihan. Daripada hari pertama, kini menjadi hari yang terakhir.
“Kami memang cukup bertuah kerana diberikan peluang merasai kebahagiaan saat kami melihat jari anak kecil menerusi foto ultrasound.
“Kami berdoa siang dan malam meminta kepada Allah agar menjadikan diri kami lebih baik supaya kami dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak pertama kami. Apa yang kami tak tahu, rupa-rupanya, Allah punyai perancangan lain,” tulisnya.
Jelas Rasya, meski sudah berjumpa dengan beberapa orang doktor, kesemua mereka memberitahu, bayinya itu mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Dua minggu lalu, kami diuji dengan ujian yang paling berat dan tak mungkin tertanggung orang lain. Kami pergi untuk menjalani pemeriksaan biasa.
“Kami sepatutnya bergembira untuk meraikan jantina anak kami bersama-sama tetapi kami diberitahu, bayi kami sedang mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Selepas berjumpa dengan beberapa doktor, dengan harapan salah seorang daripada mereka dapat mengatakan yang sebaliknya, malangnya, kesemua mereka mengesahkan yang bayi kami tidak dapat meneruskan kehidupan,” kongsinya lagi.
Meskipun pedih untuk menerima kenyataan, namun, Resya dan Nazrin tetap percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
“Tiada perkataan yang mampu kami gambarkan untuk menjelaskan rasa sakit yang masih dan sedang kami rasai hingga saat ini. Kekuatan diantara satu sama lain sahaja yang kami ada untuk berpaut.
“Bayi kami merupakan bayi terpilih. Kami beritahu diri kami sendiri bahawa kami ini cukup bertuah kerana berpeluang menjaga anak syurga selama lila bulan setengah ini.
“Allah bekerja dengan caranya yang tersendiri dan walaupun pedih, kami tetap terima dan percaya perancangannya adalah yang terbaik,” kongsinya lagi.
Kongsi Resya lagi, semalam merupakan terakhir bertemu dengan anak lelakinya itu yang telah pun diberi nama Raja Emir Khalid.
“Hari ini (Selesa), kami akhirnya dapat menyaksikan bayi kami untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Meskipun diselubungi kesedihan, kami tetap bersyukur kerana berpeluang menjadi ibu bapa kepada anak lelaki kami, Raja Emir Khalid walaupun usianya baru lima bulan setengah dan masih dalam keadaan janin di dalam perut ibu,” akhirinya.
Sekadar informasi, Resya yang juga merupakan vokalis band Margosa telah mendirikan rumah tangga bersama Nazrin pada tanggal 14 May 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Resya Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya kini terpaksa dirawat di hospital dan perlu dipantau oleh pihak doktor.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Puteri Sarah menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
“Assalamualaikum semua, saya merendah diri ingin memohon maaf buat peminat di Singapura, Megaxpress, para founders, saya terpaksa batal semua sesi photoshoots,” tulisnya.
Pada masa sama, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof ini juga memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sebuah acara yang bakal berlangsung di Singapura.
Katanya lagi, dia akan kembali bekerja selepas mendapatkan nasihat daripada pihak doktor.
Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya kembali pulih seperti biasa.
“Akhirnya saya tumbang juga. Saya perlu berehat dan dipantau oleh doktor. InsyaAllah bila saya dah sihat, saya akan bekerja semula.
“InsyaAllah buat peminat saya di Singapura, kita akan berjumpa tidak lama lagi. Doakan saya okay. I love you guys,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah bersama dua orang anaknya baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan umah di Tanah Suci Mekah dan bercuti di Dubai.
Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak menjelaskan secara terperinci mengenai masalah kesihatan yang sedang dialaminua itu.
Apapun, MH doakan semoga semua baik-baik sahaja Puteri Sarah. Get well soon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.