Nabil Ahmad mendedahkan dirinya terbuka untuk bergandingan dengan mana-mana selebriti yang diundang sebagai hos bersama di program hiburan, MeleTOP setiap Rabu.
Bagi Nabil, pihak produksi pastinya mempunyai alasan sendiri mengapa konsep tersebut dilakukan sehingga kini selepas rakan hos, Neelofa mengundurkan diri daripada MeleTop Disember lalu.
Bagaimanapun, Nabil turut memberikan beberapa nama selebriti yang dirasakan mempunyai keserasian bila bersama sebagai rakan pengacara.
“Elly Mazlein, Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan yang mempunyai energi yang sama dengan saya, saya ‘on’.
“Neelofa memang ‘on’ lah kalau dia masuk set MeleTOP kembali, akan tetapi kita sedia tahu dia kini sudah ada program sendiri, Next To Neelofa.
“Bila asyik bertukar-tukar hos, boleh dikatakan saya kini berada di peringkat ‘reda’. Apa yang produksi cadangkan, saya okay sahaja asalkan kami boleh berikan yang terbaik.
Ads
“Jujurnya sampai hari ini, saya tidak pernah lagi suarakan keinginan kepada pihak produksi untuk diberikan seorang rakan pengacara yang kekal, tidak bertukar-tukar setiap minggu.
“Tak pernah lagi cakap kerana bagi saya ia mungkin ini antara strategi pemasaran. Pihak produksi pastinya lebih tahu bab-bab sedemikian,” katanya kepada MH.
Nabil pada masa sama turut menyifatkan rakan hos yang ‘fun’ mampu memberi ruang untuk lebih berkarya menyelitkan elemen humor ketika ia bersiaran secara langsung.
“Asalkan rakan hos saya itu seronok, have fun dan tidak tergagap-gadap ketika show, saya okay sajalah.
Ads
“Dia akan buat kita rasa ‘penat’, bila hanya kita yang seolah-olah kendalikan program itu sendirian, meski sebenarnya berdua.
“Saya cakap ia secara umum dan boleh terjadi dalam mana-mana program juga. Misalnya hanya kita yang kena ‘cover’, kena tanya soalan dan sebagainya.
“Jujurnya, kalau penonton tanya mengapa Nora Danish diundang dua kali sebagai hos jemputan, itu sebab saya yang minta.
“Saya sukakan Nora kerana saya rasa kelakar bila dapat ‘membahan’ dia.
Ads
“Contohnya bila kami bergurau begitu, saya rasa macam kelakar. Itu pada pendapat sayalah.
“Tambahan pula saya selesa dengannya kerana ia mengingatkan saya pada musim awal saya bergandingan dengan Neelofa.
“Kami bersama selama lapan tahun, beratus-ratus episod. Kami tiada tekanan kerana saling membantu,” jelasnya yang bersiaran sebanyak 370 episod bersama Neelofa di MeleTOP.
Terdahulu, Nabil ditemui di majlis ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah dan aktivis kemanusiaan, Ustaz Ebit Lew mengakui berasa amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelawak, Azlee Senario lebih-lebih lagi ketika melakukan kerja-kerja amal bersamanya sebelum ini.
Jelas Ustaz Ebit, ketika menyertai misi bantuan amal di sebuah perkampungan orang asli, Azlee merupakan seorang yang sangat komited dan sering kali menghiburkan para penduduk kampung dengan lawak-lawak nasihatnya.
“Abang @azleesenario baik sangat. Dia kali dah bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Ustaz, saya happy sangat. Di kampung asli, Abang Azlee ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi.
“Balik jer dari setelah beberapa hari bersama. Abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Rasa nak ikut sentiasa kerja ini,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Ustaz Ebit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut merakamkan ucapan penghargaannya buat anggota kumpulan lawak, Senario itu kerana bermurah hati untuk menyumbangkan buah-buah jualannya untuk misi bantuan amal ini.
“Bulan ni jer dah 8 hari abang beri untuk kerja ini. Tenang yer ustaz buat kerja begini. Bahagia jer. Sejuk hati. Terasa banyak tanggungjawab kita,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ustaz Ebit juga mengakui berasa amat gembira dengan keputusan Azlee yang ingin menghidupkan amalan sunnah di rumahnya sebagai rutin bersama ahli keluarga.
“Di rumah abang Azlee dah mulakan amalan Talim bersama keluarga. Rumah kita akan best sangat jika ada amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw setiap hari bersama,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan doa semoga Azlee sentiasa dimurahkan rezeki.
“Ya Allah, baiknya hati ustaz. Allah sayang ustaz.
“Rindu lawak Pak Azlee.
“Allahuakbar, semoga Allah SWT balas segala kebaikkan.
“Abang Azlee. Semoga dimurahkan rezeki,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Azlee kini difahamkan sedang mengusahakan bisnes buah-buahan serta madu di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.
Sumber: Instagram Azlee Senario & Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Ali Puteh, memuat naik posting yang mengejutkan ramai di laman sosial Instagram miliknya, pada Rabu.
Menerusi posting tersebut Ali, seolah-solah dipercayai sedang melepaskan rasa tidak puas hati terhadap balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Bagaimanapun, posting tersebut telah dipadam Ali beberapa minit selepas dimuat naik.
Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu sebaliknya mencabar usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersemuka dengannya sekeluarga.
Memetik Gempak, rasa sabarnya hilang selepas menonton video ‘live’ yang dibuat oleh usahawan berkenaan ketika berkunjung ke rumah Hidayah untuk memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan perkakas rumah.
“Saya tidak kisah dia nak melawat keluarga arwah, tetapi dia tidak sepatutnya memberikan komen mengenai apa-apa hal sekalipun.
“Tindakan dia telah mengguris hati emak dan kami sekeluarga. Tidakkah dia sedar yang tindakan dia tu boleh menimbulkan fitnah?
“Apa yang dia nak tunjuk kepada masyarakat di luar sana? Saya cabar Datuk Seri Aliff Syukri bertemu dengan saya dan emak!
“Kalau boleh esok juga!,” katanya terkilan.
Ali berkata, usahawan kosmetik tersebut tidak sepatutnya membuat kandungan untuk ‘menjual videonya’ dengan kesulitan yang sedang dihadapi orang lain.
“Apa motif dia buat content dalam keadaan sekarang? Kalau iya pun nak berniaga bukan macam ni caranya.
“Tolonglah, saya dan emak mahu berjumpa dengan dia!,” ujarnya lagi.
Terdahulu Aliff Syukri telah memuat naik video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) Aliff Syukri Terlajak Laris.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ribuan tontotan dan ratusan komen.
Sumber : Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio Aishah Sinclair meluahkan rasa sedih dan hiba atas pemergian abang tercinta, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung, pada 4.51 pagi, pada Selasa.
Menerusi Instagram milik Aishah, penyampai radio ini mendoakan agar roh arwah abangnya berehat dengan tenang.
“Tempat berehat terakhir buat kamu (arwah). Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, membuat panggilan dan ‘terbang’ ke Jakarta untuk arwah abang saya.
“Ia hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga pernah lalui.
“Kasih sayang dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Satu yang pasti, abang saya amat disayangi,” tulisnya.
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi...