Menanti detik bergelar pasangan suami isteri, penyanyi Fara Hezel ada berkongsi beberapa keping gambar ‘pre-wedding photoshot’ bersama tunangnya, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.
Mereka sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Julai lalu yang diraikan secara sederhana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Ads
Menerusi foto yang dikongsikan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu, dia dan tunangnya tampil bagaikan cerita dongeng Cinderella apabila Fara mengenakan gaun biru sarat dengan labuci dan bunga-bungaan.
Manakala, Kamal pula segak mengenakan sut berwarna hitam.
Lebih menarik, seekor kuda putih yang ditunggang Fara sebagai simbolik dalam gambar tersebut.
Pengambaran foto pra perkahwinan itu diadakan di Villa Daniela Tok Bali, Bachok, Kelantan.
Ads
Ads
Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri mula mengenali Kamal yang menjalankan perniagaan sendiri, selain aktif menyanyi di sekitar Kuala Terengganu sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, pasangan ini akan mengadakan tiga majlis persandingan iaitu di kediaman keluarga Fara di Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Manakala, pihak lelaki di Kuala Terengganu dan sebuah lagi di Magika, Subang.
Foto : Instagram Official_Farahezel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Lelaki ni cemburu sebab dia sayang.” Itu kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein apabila ditanya sama ada bakal suaminya, Mohamad Azlan seorang yang kuat cemburu atau sebaliknya.
Malah, bintang Kampung People itu turut mendedahkan, sebagai pasangan tunang ia suatu yang normal dan andai ada masalah, keduanya lebih senang untuk berbincang.
“Saya pun cemburu juga, tetapi bukanlah masing-masing cemburu yang membuta tuli. Misalnya kalau ada hal yang tak berapa okay di matanya, dia akan cuba cakap dan saya suka cara yang begitu. Begitu juga sebaliknya.
“Apa yang boleh saya beritahu setakat ini perhubungan kami ini dilihat sihat kerana tiada unsur-unsur ‘checking’, nampak matang dan masing-masing beri kepercayaan.
“Saya sendiri ada beritahunya bila sudah berkahwin kita ada dua pilihan iaitu untuk gembira atau nak berduka. Kalau mahu nak gembira kena terima keburukan atau kelebihan pasangan, saling sayang dan sebagainya.
“Apa pun saya tidak nafikan hidup sebagai suami isteri akan ada masalahnya. Ia suatu yang normal cuma tinggal lagi bagaimana kita untuk selesaikannya. Bukan dengan cara mencari masalah.
“Dalam perhubungan ada pasang surutnya, kena ada tolenrasi dan bertolak ansur. Kami pilih bahagia dan cuba untuk jaga kepercayaan yang diberi,” katanya kepada MH.
Elly yang mesra disapa Kak Lina itu juga secara seloroh turut menjelaskan, tunangnya itu sering ‘update’ aktiviti, lengkap dengan video.
“Cuma cikgu ni sejenis, mana yang dia pergi dia akan beritahu pakej dengan video. Saya tidak minta tapi dia beri. Mungkin itu caranya dan selesa dengan cara begitu hingga saya pun buat hal yang sama.
“Kami jarang berjumpa dan apa yang kami boleh buat ialah buat panggilan video. Cuma saya ada beritahunya, bagus kita buat macam ni tapi kalau sudah berkahwin nanti dan lama kelamaan, ia akan jadi janggal.
“Sebolehnya apa yang kita buat hari ini, harap ia akan berterusan sampai bila-bila,” terang Elly yang memberitahu persiapan majlis nikahnya sudah pun lebih 50 peratus berjalan.
Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan persembahannya di Semi Final Muzik-Muzik 34 kedua beberapa minggu lalu adalah nyanyiannya yang terbaik untuk single Kubersuara setakat ini.
Kubersuara menjadi antara 12 barisan lagu yang bakal memberikan saingan di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), yang dijangka berlangsung Februari depan.
Sementara itu Ernie,27, turut mengakui usahanya dari segi persiapan menjelang saingan separuh akhir berbaloi apabila lagu dan lirik ciptaan Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham itu berjaya lolos ke pentas pertandingan lagu tahunan itu.
“Jujurnya, setahu saya minggu lalu adalah nyanyian yang terbaik untuk Kubersuara. Dengan praktis dan masa yang diberikan terhadap lagu tersebut, melangkah ke AJL34 sangat berbaloi.
“Malah, empat komposer untuk lagu ini juga mereka semua sudah memberikan yang terbaik untuk menghiasi lagu tersebut secara keseluruhan.
“Mesej dan apa yang ingin saya mahukan terhadap lagu ini misalnya. Jadi rasanya saya mampu untuk sampaikan mesej kekuatan seseorang wanita itu di AJL 34 nanti, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai siapakah pencabar terdekatnya bagi merebut trofi Vokal Terbaik bagi AJL edisi kali ini, Ernie akui ada beberapa nama yang turut memberikan nyanyian meyakinkan setakat ini.
“Yang menyanyi ‘live’ dengan baik yang saya dengar antaranya Hafiz, Aina Abdul dan Aepul Drama Band.
“Kita sendiri tidak akan tahu apa yang akan berlaku nanti di AJL dan rasanya sudah tentu kesemua mereka ada mindset untuk berikan yang terbaik.
“Saya pun tidak boleh menentukan siapakah yang akan menyanyi dengan baik atau sebaliknya. Malah diri saya sendiri. Apa yang saya boleh janjikan adalah semampu boleh,” jelasnya.
Ditanya mengenai apakah pendiriannya apabila penyanyi Aina Abdul yang turut lolos ke AJL34 menerusi lagu Sumpah, Ernie akui sudah pun sedia tahu akan bakat yang dimiliki bintang berkenaan sedari awal.
Terdahulu, hanya dua peserta wanita, iaitu Ernie dan Aina di AJL34.
“Saya pernah cover lagunya dulu berjudul Shadow kerana saya sedar Aina ada kemampuan untuk persembahkan emosi dalam lagu dengan baik.
“Kita sudah lama tidak lihat penyanyi wanita yang bila menyanyi tu… dia berikan rasa yang ‘penuh’ bila di atas pentas. Saya juga sudah lihat bakatnya sejak program Mentor lagi.
“Jadi bila dia pun turut bersaing di AJL nanti, ia akan berikan satu warna yang baru dalam industri muzik. Saya nampak cerah industri kita dengan adanya orang-orang seperti ini.
“Saya rasa dan berharap dia boleh buat yang terbaik kerana ini adalah pentas pertamanya. Saya faham situasi itu bila mana ada rasa teruja, gementar pada masa sama.
“Akan tetapi saya mengharapkan semua akan berikan yang terbaik untuk AJL nanti,” katanya lagi.
Selain Kubersuara dan Sumpah, ini 10 lagu lain yang turut mara ke AJL34;
Fizikal terkini penyanyi terkenal dunia, Adele yang dilihat kian susut seperti yang dilihat menerusi perkongsian terkininya di Instagram menarik perhatian ramai.
Rata-ratanya kagum dan tak kurang yang terkejut dengan transformasi figura bintang berkenaan yang kian ramping menjelang Krismas.
Adele,31, dirakam bersama The Grinch dan Santa Claus dalam tema perayaan mengenakan persalinan gaun rona hitam lengkap aksesori.
Sehingga kini, foto berkenaan sudah pun mendapat hampir 2 juta tanda suka.
Terdahulu, Adele pernah mengejutkan peminatnya apabila dilihat tampil lebih kurus selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecko, April lalu.
Dia membuat penampilan pada majlis ulang tahun penyanyi Drake yang ke-33 yang juga rakan baiknya, Oktober lalu. Adele berpisah dengan suaminya selepas hampir empat tahun berkahwin.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.