Fizikal terkini penyanyi terkenal dunia, Adele yang dilihat kian susut seperti yang dilihat menerusi perkongsian terkininya di Instagram menarik perhatian ramai.
Rata-ratanya kagum dan tak kurang yang terkejut dengan transformasi figura bintang berkenaan yang kian ramping menjelang Krismas.
Adele,31, dirakam bersama The Grinch dan Santa Claus dalam tema perayaan mengenakan persalinan gaun rona hitam lengkap aksesori.
Sehingga kini, foto berkenaan sudah pun mendapat hampir 2 juta tanda suka.
Ads
Terdahulu, Adele pernah mengejutkan peminatnya apabila dilihat tampil lebih kurus selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecko, April lalu.
Dia membuat penampilan pada majlis ulang tahun penyanyi Drake yang ke-33 yang juga rakan baiknya, Oktober lalu. Adele berpisah dengan suaminya selepas hampir empat tahun berkahwin.
Hari ini genap seminggu anak kepada pelawak Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah kembali kepada PenciptaNya akibat komplikasi jantung.
Reda dengan ujian itu, Ali dan isterinya Melati Fitri turut berkongsi video yang memaparkan suntingan video beserta gambar arwah menerusi Instagram yang dikongsikan Ali.
“Seminggu lebih dah kamu tggalkan kami semua..walid terlalu rindukan kamu syg..tiada ape yg yg dpt walid dan ibu gambarkan perasaan ini.
“Hanya gambar2 kenangan bersama kamu sahaja yg ade untuk melepaskan rindu ini…redha dengan pemergianmu.
“Walaupun sekejap..tp walid dan ibu dpt menjaga kamu.
“Kamu anak syurga anugerah allah kepada kami..tggu walid dan ibumu disana syg…allahuakbar,” tulisnya.
Terdahulu, bayi berusia tiga bulan itu dikesan berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Beberapa minggu kemudian, Ali memaklumkan bahawa keadaan bayinya agak kritikal apabila berdepan masalah pada paru-parunya hingga terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur pada 26 November lalu.
Ali yang juga menyertai program komedi, Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019), menerusi kumpulan Puteh dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun.
Sebentar tadi, Neelofa ada membuat kenyataan rasmi berhubung iklan isu produk Nilofa Banana Milk yang didakwa mengelirukan hingga turut mendapat perhatian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan.
Menerusi posting Jumaat lalu, KKM telah memuat naik satu posting di Facebook BKKM mengenai susu pisang hanya sekadar susu berperisa, bukan ubat yang mampu merawat sebarang penyakit.
Pada masa sama, BKKM turut menggesa pengguna supaya berwaspada dan jangan tertipu dengan iklan-iklan produk makanan seumpama itu.
SUSU PISANG adalah minuman susu berperisa pisang je🧐& Bukanya UBAT untuk merawat sebarang penyakit seperti dinyatakan…
Usahawan itu ada memberikan kenyataan menerusi IG TV di Instagram rasmi Nilofa HQ, memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang berlaku.
Malah, Neelofa turut mengakui pihak KKM ada melakukan tinjauan ke kilang bagi mendapatkan kepastian.
“Tentang isu yang menjadi tular di media sosial berkenaan ‘overclaim’ atau kandungan gula, saya nak jelaskan di sini, ketika awal bertemu dengan pihak kilang dan team, saya ada jelaskan.
“Saya kata, nak mahu buat produk yang mempunyai formulasi untuk kecantikan atau kesihatan. Maksudnya tak nak untuk merawat ke, menguruskan ke, mencantikkan ke, memutihkan ke… Saya tak mahu fokus kepada hal tersebut.
“Saya mahu posisikan produk saya sebagai suatu produk gaya hidup atau minuman harian. Sebab itulah tidak ada pun di kotak tentang kesihatan atau kecantikan.
“Pihak KKM juga sudah pun hadir ke kilang kami dan selepas mereka membuat segala penelitian, alhamdulillah apa yang kami perlu perbaiki ialah ‘packaging’ supaya ia diklasifikasikan sebagai susu berperisa pisang.
“Pihak kami juga sudah pun menghantar apa yang perlu untuk diperbetulkan dalam keluaran yang seterusnya,” katanya yang turut menjelaskan tiada tindakan yang diambil atas perkara terbabit.
Neelofa pada masa sama turut berkongsi mengenai peringkat awal produk tersebut dikeluarkan.
“Saya juga ada berbincang dengan agensi pemasaran untuk melakukan penelitian di setiap tahap sebelum membuat sebarang pernyataan.
“Ia perlu mendapat kebenaran kami dan pihak kilang terlebih dulu bagi elakkan salah faham,” katanya yang turut menyentuh mengenai kandungan gula dalam produk minuman Nilofa.
Terdahulu, Dr. Amalina baru-baru ini juga ada menulis ciapan mempersoalkan tentang iklan produk yang menyenaraikan kebaikan susu terbabit pada iklan yang disiarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nor Albaniah Raffie akui dia sering kali menerima watak sebagai wanita kampung, berpenampilan tidak menarik atau sebagai orang sakit di dalam kebayakan naskhah drama yang dilakonkan.
Jelas pelakon berusia 48 tahun itu lagi, dia bagaimana pun tidak kisah dengan watak tersebut dan menerimanya dengan positif.
Malah cuba untuk galasnya sebaik mungkin.
“Aku selalu dapat watak buruk, kampung, sakit. Aku tak kisah. Sebab watak tu. Aku terima.
“Dan aku sangat suka… Aku tidaklah secantik org2 lain yg skrg ini diperlukan. peace…yooooi!” tulis Albaniah menerusi Instagram miliknya.