Akhirnya pelakon Datin Maria Farida memperoleh kemenangan terhadap saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar pada Selasa yang lalu.

Kini, Maria dapat menarik nafas lega apabila dapat membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.

Menang Saman Fitnah, Maria Farida Harap Hadijah Belajar Dari Kesilapan

“Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya.

 

 

“Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

 

 

“Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini,” katanya

Maria memberitahu keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

IKLAN

Dalam pada itu, Maria juga telah mengemukan tuntutan ganti rugi terjadap Hadijah dan dokumentasi mengenai perkara itu.

Mahkamah juga memerintahkan Hadijah untuk menjalani hukuman penjara selama dua minggu kerana tidak menghadiri perbicaraan kes tersebut.

IKLAN

Malah, Maria turut berharap hukuman tersebut mampu menjadi pengajaran buat Hadijah.

Terdahulu, Maria mendakwa wanita itu telah membuat pelbagai tuduhan menerusi khidmat pesanaan ringkas dan media sosial serta menuduh Maria sebagai perampas serta punca keretakan rumah tangganya bersama Datuk Rahman Shakur.

IKLAN

Menang Saman Fitnah, Maria Farida Harap Hadijah Belajar Dari Kesilapan

Selain itu, wanita itu juga menuduh Maria memukul anaknya Qalif Rayyan ketika Maria menjaga anak itu.

Sumber : Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI