Pelakon, Mia Ahmad menyifatkan antara momen terindah didalam perkahwinannya apabila dia berkesempatan untuk bersama-sama mempelajari ilmu bacaan Al-Quran bersama suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, dia dan suami telah memutuskan untuk kembali belajar bermula daripada Iqra’ sebelum beralih kepada Al-Quran.

Katanya lagi, proses pembelajaran tersebut sememangnya amat menyeronokkan buat dirinya dan juga suami.

“Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama “Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama “Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama

“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran.

“Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing journey kami bersama sempena bulan Al- Quran ini dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami berdua. Terima Kasih ustaz.

“And also saya just nak share tak pernah saya bayangkan kami akan ada moment berdua belajar Al-Quran bersama-sama. Walaupun dah boleh baca, kami mula dari iqra tau sebab tahu masih merangkak-rangkak nak membaca.

“Saya ni mudah terhibur jadi selalu la rasa nak tergelak bila turn suami baca,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berharap agar kisahnya itu dapat menjadi inspirasi buat pasangan suami isteri di luar untuk sama-sama berusaha ke arah mencintai Al-Quran.

“Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama “Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

“Yang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami, ya saya tau hangpa takmau tau pun. Just sharing hopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin.

“Saya doakan kita semua dapat menjadi orang yang baru dan orang yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ni InshaAllah,” jelasnya lagi.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut mendoakan semoga perkahwinan Mia dan Izham akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Keep sharing Mia. Sama-sama kita usaha mencari hidayah Allah.

“Orang yang sedang merangkak-ramgkak belajar lagi banyak pahala atas usahanya. Tahniah you guys!

“Alhamdulillah. Suka sharing Kak Mia sekarang. Semoga Kak Mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. In sha Allah Aamiin.

IKLAN

“Saya suka sharing akak banyak yang saya belajar dari akak. Nak orang lain berubah kita kena berubah dahulu.

“Tahniah Mia dan suami. Semoga kita semua sama-sama istiqomah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama “Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama

“Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama “Memori Paling Indah Dalam Perkahwinan Kami,” – Mula Dari Iqra’, Mia Ahmad & Suami Seronok Belajar Al-Quran Bersama
Terdahulu, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 4 tahun dan Iris yang kini baru berusia 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Ihsan foto: Instagram Mia Ahmad & Izham Termizi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI