Nama Fitri Haris kembali menjadi sebutan ramai setelah dia menyertai program Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2). Kalau sebelum ini, dia merupakan salah seorang ahli kumpulan UNIC, kini dia bergerak secara solo.

Dalam kesempatan MH bertemu dengan Fitri usai tamatnya konsert minggu ke-4 GGV2 tempoh hari, Fitri sempat berkongsi impiannya pada masa akan datang.

Memberi Makan & Mengajar Fardu Ain Kepada Gelandangan, Fitri Haris Akui Ingin Buka ‘Charity Organization’

IKLAN

“Sejujurnya saya ada memasang impian untuk mempunyai badan kebajikan saya sendiri, sekarang ini pun sudah ada beberapa aktiviti yang dibuat bersama dengan Fitri Haris and Family (Kelab peminat) secara ‘internal’.

“Contohnya tahun lalu, ketika bulan ramadan kami ada buat aktiviti khatam Al-quran hinggakan ada yang dah khatam sampai 10 kali.

“Antara aktiviti lain yang diadakan adalah memberi makan pada gelandangan, mengajar fardhu ain kepada gelandangan, melawat anak-anak yatim dan banyak lagi cuma perkara ini tidak diwar-warkan pada media sahaja.

“Tapi semua aktiviti tersebut diuruskan oleh admin-admin Fitri Family dan saya hanya pantau dari jauh sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

Tambahnya lagi, Fitri turut menjelaskankan tindakannya berbuat demikian.

IKLAN

Memberi Makan & Mengajar Fardu Ain Kepada Gelandangan, Fitri Haris Akui Ingin Buka ‘Charity Organization’

IKLAN

“Saya tiada ruang untuk sebarkan kepada media, lagipun, pada saya Fitri Family ini bukannya kelab peminat, tapi saya dah anggap seperti ahli keluarga saya sendiri.

“Sebab itu saya galakkan mereka melakukan aktiviti-aktiviti ini sebagai saham akhirat mereka, jangan tunggu saya sebab saya jauh, jadi saya hanya pantau sahaja.

“Lagipun, mereka banyak support saya, masa saya jatuh, orang mengata saya macam-macam, ungkit kisah silam saya, mereka inilah yang ‘protect’ saya,” katanya lagi.

MH sangat kagum dengan keutuhan ukhuwah antara Fitri dan para peminatnya, boleh lihat bagaimana dia begitu menghargai para peminat yang selama ini memberikan sokongan buatnya.

Apa-apapun, MH harap agar impian Fitri dapat tercapai, mungkin selepas GGV2, Fitri boleh mencari solusi untuk menunaikan impiannya yang satu itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI