Pelakon, Elfira Loy ada berkongsi berita duka berkaitan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Khalaf yang berusia setahun yang terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19.

Menerusi entri yang dikongsi oleh Elfira di akaun Instagram milik anaknya, bintang berusia 27 tahun itu memberitahu, Rayyan dipercayai memiliki kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, Elfira meluahkan rasa syukur apabila Rayyan telah disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan tersebut.

“Keeping it here as reminder kepada ibu-ibu . untuk keadaan sekarang its okay to strongly say no untuk orang yang nak datang rapat dengan anak kita.

“Especially bila kita tahu orang tu selalu keluar & jumpa dengan ramai orang.

IKLAN

“Rayyan tak keluar , tapi kita taktahu orang yang datang rumah tu expose to the virus . So happened to be, he is one of the close contact. Memang nak luruh jantung, sebab el takut gila hospital, kalaulah jadi pape mesti el kena jaga dia memang takut sangat. But Alhamdulillah all is well,” tulisnya.

Pelakon drama Kum Kum The Series ini juga menyifatkan Rayyan seorang bayi yang kuat san bersyukur kerana semuanya selamat.

IKLAN

“Kuat Immune system anakku & syukur pada Allah kerana lindungi dia.

“Its amazing because he was exposed for quite a few hours but takde pape tapi yang exposed satu jam je kena jangkitan. Memang miracle.

IKLAN

“So please take care of yourself, and keep eating vitamin C,” tulisnya lagi.

“Memang Nak Luruh Jantung….” – Elfira Loy Maklum Anak Ada Kontak Rapat, Jalani Ujian Saringan Covid-19

Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.

Foto: Instagram Muhammad Rayyan Khalaf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI