Pelakon Faezah Elai mengakui dia ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Malah bagi ibu berusia 36 tahun ini, dia sendiri tidak kisah andai ada yang melabelkannya dirinya sebagai ibu yang garang.

Malah katanya seperti yang dipetik mStar, dia terpaksa bertindak sedemikian kerana bimbang dengan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja kini.

“Saya akui memang garang dengan anak-anak dan mereka pun dah faham kalau kita pandang semacam tu apa maknanya. Sekarang ni semua dah besar, tak perlu cakap banyak dah!

“Setiap ibu bapa ada cara masing-masing dalam mengajar anak dan apabila tengok keadaan remaja sekarang menyebabkan saya jadi takut.

“Memang Garang Dengan Anak, Asalkan Mereka Tahu Mengenai Adab,” – Ini Kata Terus-Terang Faezah Elai“Biarlah orang luar nak cakap saya gila menjaga anak asalkan mereka tahu mengenai adab dan apa yang kita buat ini ada sebab,” katanya.

IKLAN

Pada masa sama, isteri kepada pengarah Heykal Hanfiah ini juga turut menambah, cara didikan anak sekarang sudah pun berubah berbanding dulu.

“Kalau ikutkan bapa-bapa kita dulu mengajar anak lagi garang, silap-silap boleh masuk penjara tau.

IKLAN

“Memang Garang Dengan Anak, Asalkan Mereka Tahu Mengenai Adab,” – Ini Kata Terus-Terang Faezah Elai“Tapi sekarang dah berubah cara ajar anak pun dah berbeza dan kita tak guna rotan semata-mata tapi ada teknik supaya mereka ingat apa yang dilakukan itu salah.

“Saya kalau waktu bersama keluarga terutamanya ketika berada di luar, saya memang dah tak pegang telefon, fokus dan tengok anak-anak sepenuhnya. Tak ada masa nak leka main telefon,” kongsi Faezah seperti yang dipetik.

IKLAN

Faezah mendirikan rumah tangga dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut bersama-sama menjaga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Sementara perkahwinan bersama Heykal pula, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 6, dan Aurora Heyrinna, 3 tahun.

View this post on Instagram

Received stupid DM semlm,tp sbb hakak tk suka nk viral2 ni,hakak tulis sini supaya yg tkdak kerja tu ada bahan bacaan.. My Anak2 tiri stay dgn hakak.. mkn,pakai,sekolah aku yg buat sampai skrg dh besar dh pon.. Its been 7 years now.. Mak depa akan amik during the weekend.. tp bukan setiap weekend,but i’m not complaining cause I understand that she has to work, she needs to pay her bills too.. so no big deal sama2 jaga.. Hakak tk kuasa nk amik video buat best tgh jaga anak2 tiri pastu post kat media sosial,and hadap pujian.. pujian ni boleh buat org jd riak,dari mula2 rasa ikhlas lama2 rasa syok kena puji,i dont post my photos dgn anak2 tiri,sbb byk hati nk kena jaga,i’m a mother i know how it feels to see ur kids with someone else especially step mom.. hakak busy hantar anak school,tuitions,kerja sekolah,nk masak.. blom lagi bila kena shooting..ampa ingat aku ada masa nk keluarkan phone nk record? Hakak nk pi jamban pon tk sempat dik! I sacrifice my career for my 5 kids,klu hakak kaki sondol,hg ingat anak2 tiri nk dok lagi ngan aku ke woi!! ampa ingat mak depa nk bg ke stay ngan mak tiri dari kecik klu aku ni konon nya kaki sondol? Mak mana yg nk bg anak2 dia dok ngan mak tiri klu mak tiri mcm setan? i’m not blaming the neziten sbb ampa mmg tk tau apa pon, ampa pandai buat dosa kering ja.. Whatever i do for my family is because of Allah not to please anyone.. Other people’s perception of me,aint none of my business.. . #kalausemuaadadlmgambaqsapaygnktlgamikgambaq #proudstepmom #lifeofstepmom #feelingblessed #alhamdulillah #mylife #lovelovelove #myfamily

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Foto: Instagram Faezah Elai

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI