Hari ini pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin telah berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ke-12 dalam saingan MotoGP di litar Buriram, Thailand.

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan netizen adalah kehadiran isterinya, Noor Suzana sebagai gadis payung yang menemani Hafizh sebelum perlumbaan bermula.

Perkara tersebut bukan sahaja menarik perhatian peminat tempatan, malah turut disaksikan peminat sukan permotoran dunia.

“Alhamdullilah thanks team @monsteryamahatech3 , pray motivation workhard believe and patience..
Insya Allah we are back to the top,” tulisnya.

Ketika pelumba lain ditemani gadis litar yang seksi lagi menawan, Hafizh pula ditemani isterinya yang tampil cantik dengan imej bertudung.

IKLAN

Dalam pada itu, Hafizh turut dipuji peminat apabila dia memberi penghormatan kepada mangsa gempar bumi di Indonesia sebelum perlumbaan bermula.

IKLAN

Diruang komen, rata-rata netizen memuji tindakan Hafizh kerana tidak segan silu memilih isterinya untuk menemaninya untuk perlumbaan tersebut.

“Memang Couple Goals,”- Bila Bini Hafizh Syarin Jadi ‘Umbrella Girl’ Buat Suami, Tarik Perhatian Dunia!

IKLAN

“Memang Couple Goals,”- Bila Bini Hafizh Syarin Jadi ‘Umbrella Girl’ Buat Suami, Tarik Perhatian Dunia!

Terdahulu, Hafizh telah melangsungkan perkahwinannya bersama Noor Suzana pada tanggal 14 Disember 2017.

Foto: IOnstagram Hafizh Syahrin

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI