Tahniah, MH dengar Mell vokalis kumpulan Sakura Band dikhabarkan bakal bernikah hari ini dengan jejaka pilihan hatinya.

Mell atau nama sebenarnya Melly Matius akan melangsungkan pernikahannya dengan salah seorang ahli kumpulan 6itxh Sense, Mohammad Safwan (Wan).

Siapa sangka, keduanya bijak merahsiakan hubungan cinta dari pengetahuan pihak media dan peminat.

(Eksklusif) Mell Sakura Band Nikah Hari Ini!

Mell mengakui sudah enam bertahun menjalinkan hubungan, mengambil langkah untuk tidak berkongsi kisah peribadinya di laman sosial dan lebih fokus pada nyayian dan kumpulannya sahaja.

Mell yang mengenali Wan yang merupakan pemain drum pada tahun 2012 menerusi kenalan rakannya ketika menghadiri sebuah majlis.

IKLAN

“Saya kenal Wan pada tahun 2012 melalui rakan. Sejak itu kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.

 

 

“Tapi rasanya tak ramai yang tahu sebab memang kami tidak berkongsi di laman sosial.

 

 

“Saya lebih fokus pada karier nyanyian dan kumpulan Sakura Band,” ujarnya.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Mell telah disahkan memeluk islam pada Oktober lalu sempena hari lahirnya yang ke 29 tahun.

BACA JUGA> Mell Sakura Band Peluk Agama Islam

Bagaimanapun, Mell juga berkata, dia tidak kisah sekiranya ada segelintir pihak beranggapan dia memeluk islam kerana ingin berkahwin.

Malah, katanya perkara tersebut membawa kebaikan bukan keburukan dan dia akan mempelajari tentang islam lebih mendalam selepas berkahwin.

IKLAN

(Eksklusif) Mell Sakura Band Nikah Hari Ini!

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini dan pihak lelaki pada 24 Disember depan.

Apapun, MH ucapkan tahniah buat Mell dan Wan. Semoga Wan dapat membimbing Mell sebaiknya.

Jom #MHBelanjaGambar pre wedding Mell yang ala-ala fantasi gitu..

IKLAN

(Eksklusif) Mell Sakura Band Nikah Hari Ini!

(Eksklusif) Mell Sakura Band Nikah Hari Ini!

(Eksklusif) Mell Sakura Band Nikah Hari Ini!

(Eksklusif) Mell Sakura Band Nikah Hari Ini!

Sumber : Mstar Online
Foto : IG mellsakura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI