
Mel B, atau nama sebenarnya Melanie Brown, kini bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Rory McPhee selepas enam tahun menjalin hubungan cinta.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung semalam dalam suasana eksklusif di The Crypt, St Paul’s Cathedral, London.
Mel B yang juga ahli kumpulan Spice Girls tampil memukau dengan dua gaya persalinan menawan rekaan pereka fesyen terkenal Josephine Scott untuk majlis pernikahan dan rekaan oleh Justin Alexander untuk majlis resepsi.
Hanya Emma Bunton yang juga dikenali sebagai Baby Spice hadir sebagai wakil dari kumpulan ikonik tersebut. Walaupun begitu rakan Spice Girls yang lain seperti Victoria Beckham dan Mel C menitipkan mesej bermakna pada hantaran di Instagram.
BACA JUGA: Bintang Spice Girls Dedah Hanya Ada £700 Saat Berpisah Dengan Bekas Suami
Selain Emma, antara selebriti terkenal lain yang kelihatan dalam kalangan tetamu ialah Cara Delevingne, Katherine Ryan dan Daisy Lowe.
Majlis resepsi pasangan ini diadakan di lokasi mewah Shangri-La at The Shard, menawarkan pemandangan kota London yang mempesonakan dan suasana cukup glamor.
Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Mel B. Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Jimmy Gulzar dan Stephen Belafonte, namun kedua-duanya berakhir dengan penceraian.
Rory McPhee yang bekerja sebagai pendandan rambut dipercayai melamar Mel B pada 2022 dalam suasana romantik di sebatang hotel mewah di Cliveden House.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI