“Impian yang saya pendam sejak empat tahun lalu.” Itu kata penyanyi Alergi Sepi, Azharina apabila melakar sejarah tersendiri dalam apabila dia menjadi artis tempatan pertama mengadakan sidang media serta membuat persembahan di awan biru bersama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, siang tadi.
Bintang asal Sabah itu bergaya mengalunkan dua buah lagu pada ketinggian 38,000 kaki dari aras laut, sekali gus mendapat tepukan dari para penumpang.
Sidang media Concert Azharina : Queen of Soul itu dilangsungkan dalam penerbangan AK 5106, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.
Menjelaskan mengenai impiannya yang terpendam sejak sekian lamanya itu, Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar peluang yang diraihnya menjadi sesuatu yang sangat bermakna sepanjang 20 tahun terlibat dalam dunia seni.
“Saya sudah simpan lama impian ini (membuat persembahan dari awan biru), memang ada dalam perancangan lebih empat tahun dulu.
“Sejujurnya bila sudah berada dalam industri seni kira-kira 20 tahun lamanya, rasanya saya memang kena mencari sesuatu yang lain, berbeza dari apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Ada elemen viral dan keunikannya di situ,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, penyanyi yang bakal muncul menerusi single terbaru, Kau Kasihku itu menambah, impian tersebut tidak akan berjaya direalisasi tanpa bantuan semua pihak.
“Tanpa sokongan daripada pihak AirAsia, pasti sidang media ini tidak dapat dijayakan. Terima kasih kepada pihak AirAsia, team pengurusan yang memastikan projek ini berjalan lancar.
“Serta semua pihak lain yang turut membantu termasuk pihak penganjur konsert, One Atlas Events. Ya, saya terharu,” jelasnya yang turut memberitahu, persiapan konsertnya kini sudah pun mendapat 70 peratus.
Terdahulu, Azharina yang juga juara program Gegar Vaganza musim ketiga sejurus sidang media turut menyampaikan dua lagu iaitu Elegi Sepi dan What’s Up? nyanyian 4 Non Blondes.
Ads
Persembahan secara akustik itu diiringi gitaris, Korie Aminuddin iaitu adik kepada penyanyi, Ella.
Selesai membuat persembahan, Azharina turut mengadakan kuiz dan setiap pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan betul berpeluang menyaksikan konsert berkenaan, minggu hadapan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Atlas One Events, Syahrizal Ismail pula menambah, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dalam Malaysia Books of Records sebagai penyanyi pertama negara ini yang membuat sidang media khas di awan biru pada ketinggian 38,000 kaki dari atas laut.
“Kalau kita lihat, memang jarang sekali sidang media dan persembahan nyanyian dilalukan di atas kapal terbang yang sedang membuat penerbangan.
Ads
“Insya-Allah, pihak kami dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada Malaysia Books of Records, moga proses tersebut berjalan lancar,” jelasnya lagi.
Koncert Azharina: Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam.
Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Azharina menyanyikan 22 lagu secara solo dan medley, termasuk barisan lagu popularnya serta kejutan duet bersama penyanyi undangan.
Pelakon, Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya ada menerima mesej daripada seorang individu yang bertindak memperlekeh usahanya menjual pisang berangan baru-baru ini.
Jelas Saharul, meski pun kita sudah memasuki tahun 2021, namun masih ada segelintir daripada kita yang berfikiran kolot.
Bagaimanapun pelakon drama, Cinta Sekali Lagi ini menjelaskan dia tidak sedikit pun berasa kecil hati dengan komen tersebut malah turut berharap agar rezekinya akan lebih luas satu hari nanti.
“Lagi berapa jam je nak masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran macam ni? Tak apalah. Asal barang jadi rezeki, rezeki yang halal. Kita usaha ke arah tu,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Saharul menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Saharul turut mendedahkan dia tidak kisah untuk menjalankan apa sahaja bisnes asalkan ianya halal.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu tersebut selain turut menitipkan doa semoga Saharul sentiasa dimurahkan rezeki.
Sebelum ini, Saharul telah mengadakan promosi jualan pisang berangan secara besar-besaran yang berlansung di sebuah kedai buah yang terletak di Sungai Buloh.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin mendedakan dia pernah berkerja sebagai jurujual suatu ketika dahulu sebelum terlibat dalam seni.
Perkara itu dikongsikannya menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi foto lamanya, Shamsul meluahkan rasa bangga dengan pekerjaannya itu dulu sebelum mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.
“Pernah gak kerja kat Pejabat. Pernah gak pakai Tie. Bangga gak ler bila dapat kerja pakai Tie.
“Rupanya jadi Salesman ajer. Ok jer. Salesman pun kerja gak kan? #gambardulu,” tulisnya seroloh.
Meninjau ke ruangan komen, rata- rata peminat berkongsikan reaksi terhadap hantaran daripada pelakon berusia 53 tahun itu.
Untuk rekod, Shamsul dilahirkan di Kampung Kubu Gajah, Perak Darul Ridzuan dan dikenali ramai sejurus muncul juara di program realiti, Sinaran Passport Kegemilangan di TV3.
Lagu yang paling sinonim dengan dirinya hingga sekarang ialah Lagu Hits Buatmu.
Malah bintang ini juga pernah menjadi hos beberapa edisi di Anugerah Juara Lagu (AJL).
Foto: Instagram Shamsul Ghau Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya ketika menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 pada Sabtu dan Ahad lalu, Instafamous Aina Shuada bersyukur atas pemilihannya.
Meski belum pun dipilih sebagai finalis, namun keupayaannya untuk mara ke peringkat seterusnya dianggap sebagai tuah.
Difahamkan juga, Aina merupakan teman wanita kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syazwan Andik dan keduanya sering memuat naik gambar bersama.