Pelakon, Diana Rafar mengakui berasa amat rindu dengan Allahyarham ibunya yang telah pun pergi mengadap Sang Pencipta sejak dua tahun yang lalu.

Menurut Diana, semenjak ibunya meninggal dunia, hatinya kadang kala berasa sangat kosong dan sepi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar)

 “Assalamuailaikum mak. Mak sihat ke kat sana? Apa khabar mak kat alam sana? Kita semua rindu mak. Dah 2 tahun mak tinggalkan kita semua.

“Sunyi sepi kosong je rasa, kena lalui hidup yang perlu diteruskan. Mak ada cucu baru ni Kayden dah 3 bulan lebih, mak tak penah jumpa lagi,” tulisnya.

Memuat naik video memori saat bersama arwah ibu di Instagram , Diana turut mengajak orang ramai supaya meluangkan sedikit masa untuk menitipkan doa buat ibunya itu.

“Mak ni adik mintak followers adik doakan mak kat sana, moga berkat doa orang ramai, mak dapat tempat yang best kat sana, Allah kabulkan doa semua Allah ampunkan segala dosa mak, ditempatkan dikalangan orang beriman masuk syurga tanpa dihisab. Amin ya Allah amin.

“Mashaallah tak boleh tengok video ni semoga mak tenangkan kat sana ya. Al-fatihah. Rasimah bt Abd Rahman,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sayu selain turut memberikan kata-kata semangat buat Diana.

Terdahulu, Diana yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Zamarul Hisyam baru sahaja melahirkan cahaya matanya yang ketiga pada tanggal 17 September 2020 yang lalu.

Sumber: Instagram Diana Rafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI