Pelakon versatil, Fasha Sandha yang telah pun selamat bersalin anak ketiganya hari ini ada berkongsi beberapa foto dan video pendek wajah permata hatinya.
Sambil mendedahkan wajahnya buat semua tatapan peminat, bintang drama Patah Sayap Bertingkat Paruh ini juga turut mendedahkan nama ‘baby girl’ kesayangan.
“Assalamualaikum dunia. Hari ni hari pertama Aisha ke dunia ni. Hari Jumaat,7.8.2020.
“Terima kasih kerana mendoakan yang baik2 buat Aisha , ibu dan seluruh keluarga.
Ads
“Terima kasih Team Dato Dr Rafi Daripada UMRA Medical Centre yang menjaga Aisha dan ibu dengan baik. Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih Semua,” tulisnya pada entri terkini di Instagram itu.
Ads
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat dan rakan selebriti turut tidak melepaskan peluang dengan memberi dedikasi serta memuji anak ketiganya itu.
Ads
Terdahulu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut , Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Model terkenal, Hartini Yasin atau nama pentasnya, Tinie memaklumkan ibunya, Hasnah Abdullah telah pergi mengadap Illahi.
Berita dukacita itu telah dikongsikan peragawati itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
“Hasnah Binti Abdullah. 03-08-2020. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah rahmat kepada ibu.
“Semoga ibu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki telah berkongsi berita duka apabila memaklumkan bapanya, Aksan Abu Bakar telah meninggal dunia pada pagi Selasa.
Berita sedih itu dikongsi Afdlin menerusi laman media sosial Instagram.
Dalam pada itu, pelakon berusia 49 tahun ini turut memohon ramai agar mendoakan roh arwah bapanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun.
“Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria.
“Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri.
“Bapa ku yg tercinta. Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!
“Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa.
“Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa.
“Assalammualaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL.
“Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad mengakui dirinya sedih kerana terpaksa membatalkan beberapa projek di Indonesia gara-gara penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.
Menurut Uyaina, dia amat rindu dengan suasana kerja di sana terutamanya bila dapat bersama rakan-rakan artis dan para penonton.
“Sedih sebab sangat rindu terutama rakan-rakan hos, suasana para penonton dan program-program di sana.
“Tapi nak buat macam mana saya terpaksa rela dengan situasi ini. Kalau ikutkan, saya memang gemar juga berkerja di sana,” kongsinya.
Pada masa sama, Uyaina mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk duduk sebaris dengan nama-nama besar di Indonesia.
“Saya tahu peluang seperti ini tak ramai yang yang dapat. Sebagai seorang hos yang mereka telah jemput selama beberapa bertahun kebelakangan ini, saya sangat bersyukur.
“Allhamdulillah ini bermakna hubungan saya dengan pihak di sana amat baik. Rasa terharu bila diberi kepercayaan seperti itu.
“Saya dipentaskan bersama orang-orang besar. Di dalam dunia mereka, they are the top of the list.
“Bila kita sebagai orang luar dan diterima baik oleh rakan artis dan para penonton, itu yang membuatkan saya rasa bersyukur,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pengacara program pencarian Ratu Hijabista 2020 itu mendedahkan, dia mungkin tidak akan ke Indonesia buat sementara waktu kerana khuatir dengan jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan di negara seberang itu.
“Sepatutnya sebelum dan semasa ramadan saya perlu ada di sana. Puteri Muslimah Asia musim ke-2 pun sepatutnya berlangsung April, tapi sebab PKP ia terpaksa ditangguhkan.
“Mengikut keadaan, saya mungkin tidak akan ke Indonesia setahun dua ini sehingga vaksin ditemui,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Uyaina kini bergandingan dengan seorang lagi rakan artis iaitu Fikry Ibrahim bagi mengacarakan program pencarian Ratu Hijabista 2020.
Ratu Hijabista mulai bersiaran bermula pada hari ini pada jam 9.00 malam eksklusif di Astro Prima (124) dan Prima HD (105).