Doktor selebriti, Dr Say Shazril ada memberi penjelasan mengenai keguguran kandungan yang dialami isterinya, Dr Azura Abas.
Difahamkan, Dr Azura mengalami keguguran selepas denyutan jantung anaknya itu berhenti pada Isnin lalu.
Dr Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin memaklumkan keguguran tersebut berlaku mungkin berpunca daripada masalah genetik dan faktor sampingan lain.
“Topik : Sekurang-kurangnya Kami Ada Ace.
“Thank u sooo much atas warm wishes kalian semalam. It means a lot to me & wifey. Mungkin ada yg curious “macam mana janin tiba2 tidak bernyawa?” well pakar bagitahu 50% keguguran berlaku disebabkan condition janin itu sendiri & kebanyakannya berpunca daripada masalah genetik.
“Tambahnya keguguran teramat common almost hari2 ada kes keguguran bagai bread & butter dalam pekerjaannya.
“Yang paling menenangkan hati kami bila pakar beritahu “Allah dah aturkan segala yg berlaku. Mungkin kalau kandungan ini diteruskan & sekiranya lahir ada kecacatan, mungkin Say & Azura tak mampu nak hadapinya”.
“Bila mendengar ayat2 ini kami tersangat akur dengan apa yg berlaku. Apa yg sy perasan bila sy akur & redha dengan ketentuan ni, somehow sy berasa tersangat tenang.
Dalam pada itu, Dr Say memberi nasihat kepada para suami untuk sentiasa memberi sokongan buat isteri yang mengalami masalah keguguran.
“Kita sebagai lelaki mungkin tak dapat rasa 100% apa yg isteri kita rasai sebab mereka yg membawa sendiri kandungan tu.
“Tapi bila bini sedih sy selalu ingatkannya “At least we got each other & most importantly we got Ace. This is life.
“We have gone through a lot & this incident will definitely makes us stronger.” Masa tuk tumpukan perhatian yg lebih kepada Ace.
“Sekali lagi terima kasih atas doa & takziah kalian, sy & bini hargainya teramat sangat.,” tulisnya.
Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor mengakui kini dirinya telah menjalani kehidupan baru selepas sah berpisah dengan aktor berkenaan secara hakam pada 9 Julai lalu.
Malah, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa ini turut mengakui, dia kini perlu sayangi diri terlebih dahulu selain mahu kembali menjadi individu yang lebih bersemangat.
“9 Julai lalu bermulah fasa saya sebagai ibu tunggal. Saya rasa proses perceraian itu terlalu lama, jadi apabila sudah selesai saya rasa lega.
“Bukan kerana apa, tetapi kata orang tidak eloklah ketika itu sebab masih bergelar isteri orang, tetapi tidak tinggal bersama. Minta keluar tak minta izin suami dan sebagainya.
“Sekarang, bermulalah kehidupan baru yang mana saya perlu meletakkan saya terlebih dulu. Orang kata, #selflove.
“Ini kerana dalam perkahwinan saya yang terdahulu, saya banyak meletakkan diri di belakang. Kalau boleh saya mahu jadi diri yang dulu, dalam segi semangat dan keyakinan,” tegasnya kepada MH.
Mengulas mengenai komitmen bekas suami yang tidak pernah putus mengisi masa bersama anak tunggal mereka, Jebat Jayden, Nabila memuji sikap yang ditunjukkan Sharnaaz.
Selain itu, usahawan itu turut mengakui dia sebagai ibu, memberikan kerjasama bagi memudahkan proses pertemuan bapa dan anak.
“Saya bersyukur kerana Sharnaaz tak lupa untuk meluangkan masa tengok anak hari-hari. Kadang-kadang ada juga pasangan yang berpisah, tetapi tidak berapa ambil kisah mengenai soal anak.
“Tetapi Sharnaaz sebaliknya. Dia datang isi masa bersama anak. Jadi kerana itu pun rasa rasa syukur kerana Jebat Jayden ada seorang bapa yang komited dan berdedikasi.
“Malah pada masa sama, saya juga memberikan kerjasama yang penuh buatnya untuk jenguk anak pada bila-bila masa, memandangkan jadual kerjanya yang tidak menentu.
“Saya tidak mahu anak terkurang kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak,” katanya.
Mengulas mengenai soal jodoh untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas ini, Nabila mempunyai padangannya sendiri.
“Serik itu tidaklah. Saya percaya, kalau ada rezeki dan jodoh, saya memang mahu berkahwin lagi. Saya mahukan anak lagi.
“Cuma buat masa sekarang, saya nak fokuskan pada diri sendiri terlbih dulu dan besarkan Jebat Jayden dengan baik.
“Kalau ada yang mendekati sekalipun, kena ambil masa untuk saling mengenali,” akhirinya.
Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.
Nabila ditemui selepas meraikan kejayaan Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara bagi Lancome, sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu baru-baru ini di One Utama, Damansara.