Semalam, pelakon Zulin Aziz ada berkongsi mengenai kisah segelintir netizen yang tidak sensitif dengan perasaannya selepas mengumumkan telah berpisah dengan kekasih baru-baru ini.

Ia susulan ramai pihak yang mendakwa perkongsian Zulin itu hanyalah sebagai gimik untuk melancarkan lagu terbaru, tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Zulin menafikan dakwaan tersebut dan meminta netizen untuk tidak membandingkan kisahnya itu dengan orang lain.

Ads

“Saya juga doakan semoga anda berdua tidak jadi seperti nasib saya. Disebabkan org lain buat jadi janganlah samakan dengan nasib saya. Nak bukti2 whatsapp pun saya masih simpan. Jangan kotor sangat pemikiran tu. Ketawakan saya sepuasnya esok jadi kat diri sendiri baru ada akal,” tulisnya.

Tambah Zulin, dia masih menyimpan segala perbualan Whatsapp bersama bekas teman lelakinya itu sekiranya orang ramai masih mahukan bukti mengenai kisahnya itu.

Dalam pada itu, dia juga mendoakan semoga masyarakat di luar sana tidak menerima nasib yang sama sepertinya.

Ads

Melihat diruangan komen, masih ada segelinitr netizen yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat  buat Zulin untuk meneruskan kehidupan walau apa pun ujian yang menimpanya

Ads

Diharap Zulin akan terus tabah menghadapi ujian ini dan semoga single terbarunya itu dapat mengubati duka di hati Zulin untuk terus melangkah maju ke hadapan.

Foto: Twitter Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI