Pelakon Didie Alias mengakui dirinya kini agak selektif terutamanya dalam hal pemilihan naskah sebelum menerima sebarang tawaran.
Jelas Didie, pada ketika ini, dia lebih selesa untuk memilih watak yang mampu memberikan impak buat penonton dan bukan hanya sekadar bahan tarikan untuk sesebuah drama.
“Saya memang seorang yang memilih sebab kadang-kadang kalau kita terima tawaran untuk watak yang kosong atau tiada impak, rasa macam rugi pula.
“Rugi buat orang menanti-nantikan kemunculan kita. Ia seolah-olah mereka menjual nama kita hanya untuk tarikan padahal watak tersebut sangat tidak berbaloi untuk saya terima.
“Sebagai contoh, ada pihak yang menawarkan saya untuk drama lapan episod dan penggambarannya pula memakan masa selama 15 hari.
“Tapi dalam satu episod saya hanya keluar satu babak sahaja. Ia sesuatu yang sangat merugikan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada lima orang anak ini turut menambah, dia juga tidak mahu masa yang telah diluangkan untuk membuat persediaan dibazirkan begitu sahaja dek kerana peranannya yang begitu kecil.
“Sebagai seorang penerbit, bila anda dah dapat Didie Alias kenapa pula nak bagi saya hanya babak yang pendek sahaja?
“Saya berasa agak rugi di situ sebab saya perlu masa untuk buat persediaan. Apa watak yang sempat saya nak kembangkan kalau hanya satu babak sahaja?
“Saya masih mampu untuk melakonkan apa sahaja watak. Kalau boleh, berilah saya watak yang mampu memberi impak kepada drama tersebut,” ujarnya lagi.
Didie berkata sedemikian ketika di set penggambaran program MH Throwback, baru-baru ini.
Ditanya mengenai sikap para pendatang baru, Didie merasakan ada segelintir daripada mereka hanya sekadar ingin menjadikan platfrom tersebut sebagai batu loncatan untuk membina jenama sendiri.
“Kebanyakan daripada mereka ada yang benar-benar nak masuk kedalam dunia industri sebagai mereka punya periuk nasi.
“Malah, ada juga yang datang untuk seketika sahaja. Mereka ambil peluang itu dan bila dah bina nama serta impak, mereka tinggalkan sahaja industri ni dan buat pekerjaan lain. Mereka hanya masuk untuk personal branding sahaja.
“Bagi saya, kepada pendatang baru yang ingin memasuki dunia seni, kalau nak duduk lama dalam industri, buatlah kerja anda dengan jujur dan ikhlas.
“Kalau hanya jadikan peluang ini sebagai batu loncatan, baik tak payah. Jangan busukkan nama industri kami. Kami bertahan ni pun bukan atas sebab perkara-perkara yang tak bagus tapi disebabkan bakat.
“Kalau anda ada bakat, sila kekal lama dalam industri. Kami memang perlukan pelapis-pelapis seperti anda,” akhirinya.
Sebagai seorang ibu, pelakon Ozlynn memberitahu dia tidak memaksa anaknya untuk menjalani ibadah puasa sekiranya tidak berupaya untuk melakukan ibadah tersebut.
Menurut Ozlynn, sebagai ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dengan sentiasa memberikan kata semangat serta dorongan kepada anak untuk melakukan ibadah puasa.
Malah, isteri kepada pelawak dan pelakon terkenal, Johan menyarankan agar semua ibu bapa memberikan ganjaran kepada anak yang berjaya melakukan ibadah puasa di bulan Ramadan.
“Terawihnya gagal.. 2 rakaat sahaja sb ptg td dia sgt2 enjoy main dgn abg2 n kakak dia.. pancit lew tue!! xpe la.. asal ada hati..
“jgn paksa anak utk puasa tp bg semangat dan keterangan pd dorg.. apa kebaikan dan kelebihan bila dorg buat.. pastu bg reward tau.. atau pun kata2 positif.. nnt dorg lg seronok..,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian Ozlynn itu telah mendapat komen positif daripada peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat juga memuji cara didikan Ozylnn terhadap anaknya.
Sekadar informasi, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pelawak Johan pada Julai 2009.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania,Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.
Foto: Instagram Ozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan mengenai drama popular, Nur 1 dan Nur 2 hanya sempatkan ditayangkan satu episod sahaja di Indonesia gara-gara jumlah rating yang dikatakan sangat rendah.
Menurut pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra di sapa Budak Ijat, dia sendiri tidak terkejut dengan berita tersebut kerana menyifatkan selera penonton dikedua-dua negara ini adalah berbeza.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menjangkakan Nur akan dibawa ke negara luar kerana pada awalnya drama ini hanya memberikan fokus terhadap penonton di Malaysia sahaja.
“1 eps jer uols. Manakala dah beli syndicated drama Nur dua season tapi burn macam tu jer. Suka hati korang la. Duit korang kannn.
“Apa apa pun abam nak berhusnozon sempena puasa ni. Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik acik bawang sana suka treatmen sinetron zoom in zoom out dengan character development dan music score sejenis overwhelming.
“Manakala selera penonton Malaysia pulak abam faham yang macam mana. Dan drama Nur diterbitkan untuk penonton Malaysia pada awalnya bukan untuk penonton sana. So ‘logik’ jer kalau drama Nur tak pergi kat sana,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ijat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Ijat tetap dilihat meluahkan rasa bangga kerana kebanyakkan mesej-mesej yang diterapkan didalam drama Nur telah menjadi inspirasi buat karya-karya di Indonesia.
“Yang penting bagi abam mesej dakwah dalam Nur tu mengalir ker drama mereka walaupun payah derang nak mengaku kehebatan drama dari Malaysia walaupun terpaksa ‘membunuh’ drama dari kita dengan alasan rating.
“Its okie. Yang penting mesej being delivered,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon, Azhan Rani yang juga memainkan peranan penting di dalam drama Nur turut ada memberikan reaksinya berhubung perkara tersebut.
Jelas Azhan, realiti seperti ini sedikit sebanyak menyedarkan dirinya untuk tidak terus hanyut dengan kata-kata pujian yang telah diraihnya selama ini.
“Disebalik puji-pujian apa salahnya kita beri perhatian pada hal-hal yang menjadi kenyataan. Jujurnya sebagai salah seorang yang terlibat dalam naskah ini aku positif dengan hakikat ni.
“Sekurang-kurangnyanya dapat mengekang rasa puas hati dalam diri. Riak walaupun sesaat itulah perkara yang paling aku takuti disebalik puji-puji. In shaallah kita bikin lagi baik dalam naskah lain nanti @budakijat & @radiusone_official .
“Macam @budakijat cakap karya #nur dan #nur2 memang dibikin untuk hidangan penonton malaysia. Dah tentu selera penonton kita berbeza dengan negara sana tapi tak bermakna kita perlu rasa down dan tak mau untuk tingkatkan usaha.
“In shaallah kita mampu. apapun sebaik-baik puji bukanlah untuk kita tapi buat Allah yang Maha Esa. Yang terbaik kita berbalik pada nawaitu dan amanah kita dalam karya ini,” jelasnya.
Sumber: Instagram Budak Ijat & Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.