Pengasas kosmetik yang turut aktif dalam dunia hiburan, Datuk Aliff Syukri menangis terharu selepas diberikan penghargaan sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir RM1 juta tahun lalu.

Menyifatkan ia sebagai kenangan bermakna buatnya dan isteri, Datin Seri Nur Shahida, perkara tersebut dikongsikan dalam bentuk video di Instagram.

“Hari Indah buat saya dan isteri! Syukur hari ni @zakatselangor beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir 1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan, tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!

IKLAN

“Terima kasih doa ibu kandung saya @bondarozitaibrahim dan isteri saya @shahidadherbs,” kongsinya.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga turut bersyukur selain meminta doa yang baik-baik daripada semua.

IKLAN

“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan, tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya.

IKLAN

“Tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yg memerlukan,” tulis Aliff lagi.

Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima hampir 18,000 tanda suka.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI