Mark Wahlberg Dinobat Aktor Pendapatan Tertinggi Dunia

Majalah Forbes baru-baru ini telah menobatkan bintang filem ‘Transformers: The Last Knight’, Mark Wahlberg sebagai pelakon yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia pada tahun 2017.

Wahlberg dianggarkan memperoleh pendapatan AS$68 juta (RM291 juta) yang dikira dari bulan Jun 2016 hingga Jun tahun ini menerusi filem ‘Daddy’s Home 2’ dan ‘Transformers: The Last Knight’ serta program realiti TV bersiri memaparkan keluarganya yang berjudul Wahlburgers.

Meski penjualan filem ke-5 ‘Transformers’ lakonan Wahlberg tidak berjalan dengan baik, namun, dia tetap meraih pendapatan besar kerana filem itu telah mendapat tempat di hati peminat Transformers.’Transformers: The Last Knight’ juga hanya mendapat rating 15 peratus rendah di Rotten Tomatoes.

IKLAN

Jumlah diterima pelakon filem Ted ini juga sekali gus mengalahkan pendapatan pelakon The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson yang memegang gelaran sama tahun lalu.

The Rock pula turun tangga kedua aktor menerima pendapatan tertinggi dengan jumlah bayaran sebanyak AS$65 juta (RM278 juta). Pendapatan tinggi yang diraih The Rock itu diperoleh menerusi filem Jumanji dan Baywatch.

Bintang aksi popular Fast and Furios , Vin Diesel pula berada di tangga ketiga dengan pendapatan sebanyak AS$54.5 juta (RM233 juta).

IKLAN

Selain bintang Hollywood, aktor Bollywood turut mengungguli carta tersebut antaranya Shah Rukh, Salman Khan dan Akshay Kumar di mana masing-masing menduduki tangga ke lapan, sembilan dan 10 carta

Senarai Aktor Meraih Pendapatan Tertinggi Di Dunia 2017:

  1. Mark Walhberg
  2. The Rock/Dwayne Johnson
  3. Vin Diesel
  4. Adam Sandler
  5. Jackie Chan
  6. Robert Downey Jr
  7. Tom Cruise
  8. Shah Rukh Khan
  9. Salman Khan
  10. Akshay Kumar