“Marah Pun Cantik Macam Mana Ni,”- Alahai..Ini Sebab Ada Yang Tak Puas Hati Dengan Feeya Iskandar

Share

Penyampai radio, Feeya Iskandar telah berkongsi satu rakaman video di laman akaun Instagram miliknya.

Menghiburkan, rakaman video tersebut telah memaparkan gelagat dia sedang memarahi pemandu jalan raya yang selalu melanggar lampu isyarat.

“siapa mcm ni??geram dgn pemandu2 yg tak reti bahasa ni.!nasib baik tgh puasa.”tulisnya.

Perkongsian rakaman video tersebut telah mendapat perhatian daripada pengikutnya di laman media sosial tersebut.

Rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan yang sangat kelakar.

Di samping itu, peminat juga turut memuji wajah Feeya yang kelihatan sangat cantik walaupun dalam keadaan membebel marah.

Kata orang, kalau tuan badan dah cantik buatlah mimik muka macam mana pun tetap sedap dipandan. Tak gitu?

Video : Instagram Feeya Iskandar

IKLAN