Pelakon popular, Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah penuh putera sulungnya, Wan Khai Amir buat tatapan para peminat.
Perkongsian yang turut dikongsi suaminya, Wan Emir Astar itu dibuat di dalam sebuah hantaran terkini di akaun Instgaram masing-masing.
Sambil menitipkan doa yang baik-baik buat anak tersayang, pasangan ini turut mencoretkan kata sayang yang tiada hujungnya.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air.
“Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” tulis mereka.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat yang sama-sama teruja turut menitipkan doa yang baik-baik buat Mira seisi keluarga.
Malah tak kurang yang mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan selain memuji kecomelan wajah anaknya itu.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat, telah selamat sampai ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Turut sama menyertai rombongannya ialah pengarah Sheila Rusly bersama suami selain beberapa kenalan lainnya.
Terdahulu menerusi Instagram Nabil Mahir turut berkongsikan fotonya bersama bintang berusia 28 tahun itu beberapa ketika sebelum berlepas ke tanah suci.
“Alhamdulillah wuv dapat jemputan ke tanah suci Makkah.
“Moga semuanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Jaga diri,” tulis Nabil menerusi ruangan kapsyen.
Terbaru, Ayda menerusi platform sama turut memanjatkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk mengerjakan umrah yang pertama.
“Assalamualaikum… Alhamdulillah, saya selamat sampai di Mekah & selesai menunaikan Umrah pertama pagi tadi. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya.
“Alhamdulillah dan Insyaallah berterusan dipermudahkan hendaknya. Di kesempatan ini, kepada sesiapa yang pernah berkecil hati, terasa hati terhadap saya, maafkan saya.
“Kepada sesiapa yang nak kirimkan doa, Comment dekat bawah nama penuh beserta doa anda. Insyaallah saya doakan,” tulis penyanyi Temberang itu.
Pelakon meningkat naik, Alif Muhaimin menafikan sekerasnya skandal dirinya terlibat seperti yang didakwa ada meminta gambar lucah dan berbual dengan unsur lucah di Instagram baru-baru ini.
Ia susulan tersebarnya ‘screenshot’ mesej peribadi yang memaparkan pelakon tersebut yang seolah-olah sedang berbual nakal bersama seorang wanita di Instagram.
Perkongsian tersebut mulai tular di media sosial selepas dikongsi ramai.
Menurut Alif, perbualan tersebut bukanlah dirinya dan mungkin telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya boleh terus terang la yang perbualan tersebut bukan saya. Mungkin mereka edit pakai apps atau photoshop.
“Tapi perkara tersebut pun keluar sekali harung dengan pencalonan untuk sebuah program anugerah baru-baru ini.
“Mungkin sebab ada fans yang kita layan. Tapi bila kita stop layan sebab sibuk, mereka akan cuba lagi tapi saya masih tak layan, mungkin sebab itu mereka marah.
“Isu minta gambar pula tu sebenarnya takda apa pun. Mungkin mereka sengaja reka cerita,” katanya kepada MH.
Alif berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Ramadan Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Ketika ditanya, bagaimana dia mahu keluar daripada kontroversi tersebut, ini jawapan yang diberikan oleh Juara Hero Remaja 2018 berkenaan;
“Bagi saya, saya akan lebih serious dalam lakonan saya. Saya akan buat yang terbaik dan tunjukkan kualiti yang elok.
“Jadi mereka akan nampak yang saya serius dengan lakonan saya.
“Nama-nama besar macam Syafiq Kyle pun pernah viral tapi bila mereka dah tunjukkan attitude yang bagus orang akan lupakan nanti,” jelasnya lagi.
Sejak semalam, tular di laman media sosial mengenai kisah bintang korea, Sulli yang ditemui mati dipercayai kerana mencabut nyawa sendiri.
Para peminat turut menzahirkan kesedihan, termasuk golongan selebriti seperti pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz yang turut meluahkan rasa mengenai insiden tersebut.
Bintang berusia 28 tahun ini berkata masalah depresi merupakan satu masalah yang amat serius dan perlu dititikberatkan.
Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan turut memberi nasihat kepada netizen agar tidak memberi komen yang kerterlaluan kepada selebriti.
“Okey…bagi saya, selalu fikir netizen berhak untuk berkata apa sahaja tapi saya cuma rasa cara mereka menyampaikan satu mesej atau ingin menegur tu, kalau boleh biarlah menerusi ‘private message’.
“Tak perlu nak post atau nak kecam dan ajak orang lain sekali untuk kecam sebab saya rasa itu boleh memberikan kesan terhadap orang itu pada masa hadapan.
“Sebab kita tak tahu orang itu sebenarnya okey ataupun tidak. Mungkin dekat luar dia senyum tapi sebenarnya dia ada masalah dalaman, sebagaimana yang dipercayai berlaku pada Sulii.
“Pada masa sama, kalau betul individu ataupun artis mana-mana yang rasa masalah begitu, ada masalah depresi sebagainya pergilah berjumpa dengan pihak yang boleh membantu.
“Jadi kalau boleh kepada netizen di luar sana kalau nak menegur tu biarlah berpada-pada,” kongsi Azira bersama MH.
Terdahulu, bekas anggota kumpulan f(x) itu ditemui mati di kediamannya pada Isnin. Mayat Sulli ditemui pengurus dalam kediaman mendiang di Seongnam, Korea.
Bagaimanapun punca sebenar bintang itu masih dalam siasatan terperinci pihak berkuasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.