“Aku dah penat jaga mak, tiba giliran kau pula Angah.” Demikian pesanan terakhir Abam Bocey kepada adiknya, Ali seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu.
Perkara itu dikongsikan Ali ketika bersiaran di program MeleTOP secara langsung, malam tadi.
“Seminggu sebelum dia meninggal, dia ‘buat tebiat’ yang mungkin kita tak perasan.
“Dia cakap pada mak, “mak, lepas ini pergi duduk dengan Champion, tak payah duduk dengan abang lagi”, sebab ketika itu saya baru dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2019 baru-baru ini.
“Abam juga ada Whatsapp dalam group “aku dah penat jaga mak, tiba giliran kau pula, Angah (Ali) untuk jaga mak dan jaga ubat-ubatan mak.
“Saya pun tahu juga senarai ubat mak, cumanya dia mahu ingatkan saya semula,”kongsi Ali teresak-esak.
Berkongsi cerita mengenai petanda yang menjemput Abam, Ali mendedahkan bahawa arwah abangnya melakukan beberpa perkara pelik seperti mandi pada jam 2 pagi.
“Abam ada telefon mak dua hari sebelum meninggal dunia (malam Rabu), dia kata “mak, abang nak bagitahu mak sikit yang jiwa abang dah kosong.
“Satu hari sebelum Abam meninggal, saya bawa mak pergi berubat lutut, dan kemudian Abam telefon saya dan minta maaf sebab tak dapat ikut, kepala sakit, badan rasa macam dicucuk-cucuk, demam.
“Keesokan paginya, saya dapat berita kematian dan saya bertanya pada isteri Abam apa yang terjadi, kemudian isteri dia menjawab “Abam mandi pukul dua pagi sedangkan dia sukar untuk mandi malam, kemudian dia potong kuku kaki dia”, jelas Ali seperti yang diceritakan isteri Abam, Siti Nurhidayah.
Malah, Ali sebak melihat abangnya kaku dan terbaring diatas katil dalam keadaan bersih.
“Saya merupakan orang kedua yang melihat Abam selepas isterinya, ternyata Abam ada dalam keadaan bersih.
“Saya hanya mampu berdiri di pintu dan saya pegang kaki Abam terasa sangat sejuk hingga lutut,” kongsi Ali sebak.
Terdahulu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu.
Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah, lapan bulan.
Ikuti cerita penuh Ali menerusi video di bawah;
Video: Youtube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Amira Othman tidak ketinggalan ditanya ramai peminat bila akan menamatkan zaman bujang sebaiknya kawan baiknya, penyanyi Wany Hasrita selamat diijabkabulkan pada Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 29, mengakui dia masih lagi solo dan tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
“Penuh DM (Direct Message) saya, anda ucap dan doa macam-macam yang baik untuk saya. Terima kasih di atas doa yang baik-baik.
“Jodoh ni kan macam rezeki juga ajal, tiada siapa tahu. Cukuplah saya memberi jawapan saya memang tidak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
“Ramai ingat saya berahsia, tapi saya tidak menyembunyikan apa-apa tapi inilah jawapan jujur daripada saya. Anda doalah yang baik-baik ya,” tulis Amira.
Dalam pada itu, Amira juga turut menitipkan doa buat sahabat baiknya, Wany yang telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun dalam sebuah majlis yang berlangsung di Damansara Perdana, Jumaat lalu.
“Untuk sahabat saya yang cantik, Wany Hasrita tahniah tau! Semoga kau berbahagia sampai syurga.
“Anak yang baik Wany ni, kawan yang baik, pergi haji sama-sama, pergi umrah sama, semua sama-sama… kahwin je tak sama-sama.
“Adib jaga Wany baik-baik okay? Sayang sangat,” tulis Amira lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amira Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menampilkan elemen persembahan luar biasa, akhirnya penyanyi Aepul Roza dinobatkan selaku juara sulung program The Hardest Singing Show (THSS).
Cemerlang menerusi dua tugasan iaitu ‘Taruhan Akhir’ dan ‘Kolaberdua’, Aepul berjaya mengetepikan lima finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000, pakej pelayaran dan trofi.
Persembahan konsistennya turut mendapat komen positif juri yang dibarisi Edry Abdul Halim, Zizan Razak serta dua juri jemputan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Adlin Aman Ramli.
Menurut Aepul, anugerah ini merupakan kemenangan pertaman di dalam hidupnya .
“Terima kasih semua. Terima kasih Astro untuk peluang dan ruang ini. Saya tak pernah menang apa-apa pertandingan walau cabutan bertuah.
“Ini kuasa Allah. Terima kasih kerana percaya saya untuk tanggungjawab ini,” katanya.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Ayda Jebat. Ayda membawa wang tunai RM20,000beserta pakej pelayaran dan trofi
Penyanyi asal Sabah, Stacy pula menduduki tempat ketiga sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.
Stacy turun memenangi Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa dan menerima wang tunai RM10,000
Sementara itu, Aisya Retno dan pula Putera Muhammad pula mengungguli tempat keempat dan kelima.
Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Tempat keenam pula jatuh kepada Zizi Kirana sekali gus menerima hadiah RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Dalam pada itu, kesemua peserta pada malam turut menerima wang tunai RM10,000 setiap seorang sebagai tanda penghargaan daripada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetic.
The Hardest Singing Show dihoskan oleh gandingan pengacara Rina Nose dan Nabil Ahmad selama 10 minggu di Auditorium CIDM, Cheras.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kesungguhan pelawak Amir Raja Lawak dalam mencari rezeki dengan menjual air jagung menerima pujian netizen.
Menurut satu ciapan yang dikongsikan pengguna laman sosial Twitter, @akeemsharyzal, dia mengulang ciap sebuah twit yang memuji sikap pelawak berusia 33 tahun itu dalam mencari mata pencarian untuk menampung kehidupan.
“Contoh artis terbaik dalam mencari rezeki, tidak pernah mengeluh ketika tiada job dan tidak merasa malu berniaga di jalanan.Tahniah Amir Raja Lawak.
“Aku pun macam tiba-tiba nak share dekat Twitter aku, sebab aku tahu struggle nak meniaga tu macam mana, semoga murah rezeki,” tulisnya.
Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 32, mula meniaga dengan membuka gerai menjual air jagung secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka di Prima Saujana, Kajang sejak tahun lalu sebagai mata pencarian tambahan buat menyara kehidupan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan menyifatkan Amir seorang selebriti yang tidak pernah mengeluh, sebaliknya rajin berusaha sendiri untuk kelangsungan hidup.
“Baguslah, hidup tak perlu mengeluh.Setiap manusia ada jalan rezekinya, teruskan semangat berniaga Amir.
“He’s a kind person sebab pernah bantu buat review untuk produk saya dulu, semoga Allah rahmati dia.
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...