Tidak dapat dinafikan, ada yang tidak mampu mengelak daripada terpukau tatkala melihat penampilan Cik B bersama ibunda tercinta, Datuk Seri Vida yang menjadi penghias muka depan majalah Nona terbaru.
Gaun hitam menawan dipadankan dengan solekan elegan, nyata menjadikan penampilannya cukup berbeza seperti mana sebelum ini.
Vida menerusi laman Instagramturut menempelak segelintir netizen yang sebelum ini cukup hebat mengkritik imej anaknya dan berbangga menyatakan kini Cik B seorang gadis yang cantik.
“HAMBEKKKKK. MANA MAK CIK BAWANG SELALU DOK KUTUK @cikb_havoc66 .
Ads
“TENGOK GAMBAR NI.MEROYAN KE? BERNANAH..? CIK B CANTIK WEYYYY.. SiLA HADAM ye. KO MAMPU..?
“CIK B DAH IMPROVE BANYAK, Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu tak yakin diri,” tulisnya sambil memberikan kredit kepada editorial Nona.
Kini sedang mengerjakan umrah bersama anak-anak, Datin Seri Shahida menerusi posting terbaru mengimbau kembali kenangan ketika menunaikan haji tahun lalu sewaktu sedang sarat hamil.
Jelasnya, kini dia kembali ke Arafah bersama Raudhah yang sebelum ini berada dalam kandungan.
“Raudhah kalau ingat kita ke Arafah tahun lepas mengerjakan haji sama2….waktu raudhah dalam kandungan usia 6-7 bulan.
“Sekarang kita datang lagi sama2 doakan keluarga kita dapat kebaikan dunia dan akhirat,” kongsinya.
Konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus menyelamatkan Arja Lee.
Penyanyi itu bersama para penarinya,The Pirates menjadi peserta yang mendapat markah terendah dengan jumlah 78.47 peratus.
Shiha Zikir buat pertama kalinya turut menduduki tiga tangga terbawah dan hampir tersingkir apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan jumlah markah 97.87 peratus.
Menurut juri tetap, Datuk Rizalman, momentum Shiha bersama Team Squad menerusi lagu Asereje tiada perkembangan dan statik menyebabkan mereka berada di tangga tiga terbawah.
Chubb-E terus menguasai carta apabila menduduki tangga pertama dengan keseluruhan markah 108.97 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, artis versatil Amyza Aznan ada memberikan pendapat apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri dilihat seperti mempertikaikan lagu yang telah berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini.
Jelas Amyza, dia tidak menghalang sesiapa sahaja yang ingin menceburi dalam bidang nyanyian sekiranya mempunyai minat atau bakat, namun jangan menjejaskan imej AJL di mata pencinta muzik.
“Tak reti bahasa. Lps tu spin. Sama naik dgn p.a dia. Tak payah nak cakap youtube channel aku takde org tengok.kau nak kata viewers aku tak berjuta. Soccay!!tapi aku tak malu nk upload kat channel aku sbb tu content anak aku menyanyi and my son , A Way better than yr boss si belut letrik tu!!
“Aku tak jual aib org untuk view and i don’t sell cheapskate contents for living!!
Ala abg belut letrik ni,dah kita ckp… nak nyanyi ,menyanyi lah,kita tak kisah pon,takde sapa kisah pon,ramai je yg minat menyanyi.
“Tapi abg belut letrik ni, mintak diiktiraf di peringkat AJL.yg kami x faham kenapa cuba nak mengganggu masuk campur dlm urusan AJL. mereka bukan juri karaoke,bukan juri pertandingan peringkat tadika,” tulisnya.
Di samping itu, Amyza turut menegaskan AJL adalah sebuah pertandingan nyanyian yang berprestij dan harus dijaga nilai mutu dan kualiti bidang nyanyian.
“AJL adalah acara berprestij yg terdiri drpd org2 yg pakar dlm bidang mereka. Siapa dia untuk mempersoalkan pertandingan besar seperti AJL? dan bg saya if dia nk ckp suara dia sama sedap macam anuar zin ke,faizal tahir ke ,ernie zakri ke,terpulang.
“Dia nak ckp suara dia macam mariah carey taraf nya pon saya terhibur!! Tapi bila menyentuh bab kerjaya, bidang kerja org lain seperti AJL ,this is too much. mmg dia kaya raya tetapi jangan lah semua pon dia nak tibai sama rata. Bisnes dan industry seni satu bidang yg sngt2 jauh berbeza.,” tulisnya lagi.
Terdahulu, menerusi satu rakaman video yang di muat naik oleh Aliff di Instagram, usahawan kosmetik itu pernah mempersoalkan lagu nyanyian tidak berjaya memasuki di pentas AJL.
Rakaman video telah ditonton lebih 400,000 tontonan dan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.