Bintang versatil, Elly Mazlein memaklumkan suaminya, Mohammad Azlan Che Nohmengalami demam dan kini menjaga suaminya yang sinonim dengan panggilan Cikgu Azlan itu di kediaman mereka.
Jelas Elly, sebelum suaminya diserang demam, anak perempuannya iaitu Putri Sara Sefhia baru saja sembuh.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui jadual yang padat sedikit sebanyak menjejaskan tahap kesihatannya.
Bagaimanapun, menurut Uyaina, minat mendalam terhadap bidang ini yang membuatkan dirinya terus kuat sehingga sekarang.
Selain tanggungjawabnya sebagai salah seorang pengacara program Wanita Hari Ini, Uyaina mendedahkan dirinya kini harus berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu bagi melangsaikan baki pengambaran drama terbarunya, Wanita Tanpa Dosa.
“Apa yang buat saya terus bertahan adalah kerana minat, kesungguhan dan ikhlas ketika melakukan kerja yang diamanahkan.
“Saya tak anggap perjalanan jauh ini sebagai satu beban. Kadang-kadang saya rasa penat tu, biasalah.
“Cuma bila fikir pasal tanggungjawab dan amanah bila orang sudah percayaksj kita, profesionalisme dalam melakukan kerja tetap keja jaga. Itu yang buatkan saya terus bersemangat, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Uyaina berkata demikian sewaktu ditemui media pada Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun itu turut memutuskan untuk berehat seketika selepas selesai ke semua sesi pengambarannya tidak lama lagi.
“Sejujurnya saya kena mengaku yang saya sememangnya rasa agak penat dan ikutkan perancangan, bila berakhir penggambaran saya nak berehat seketika.
“Malah sebelum ini pun saya terpaksa tolak satu tawaran program travelogue secara baik kerana ia memerlukan saya untuk kembara seluruh Malaysia selama sebulan.
“Mungkin sekarang ini saya perlukan masa untuk berehat sebelum menyusun semua jadual selepas ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uyaina memaklumkan drama Wanita Tanpa Dosa arahan pengarah, Michael Ang akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini.
Selain Uyaina, antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose dan juga Shaza Bae.
Penularan pandemik Covid-19 telah menimbulkan kerisaun ramai pihak selepas kes baharu wabak tersebut dilaporkan kembali meningkat sejak awal Oktober lalu di negara ini.
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad misalnya turut mengambil insiatif untuk menjalani ujian saringan Covid-19 (swab test).
Uyaina atau nama penuhnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, berkongsi ketika dirinya menjalani ujian tersebut.
“Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi, Yana rasa sakit. Doktor jolok hidung je, tapi rasa sampai ke otak.
“Padahal doktor buat dah sehabis lembut dah.
“Bismillah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua & dijauhkan dari wabak Covid-19 aamiinnn And thank you to our frontliners, our heroe,” tulisnya.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.