Selebriti media sosial yang juga merupakan anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida, Cik B berharap agar semua pihak berhenti untuk membandingkan keperibadiannya dengan ibunya.

Jelas Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, ibunya itu berhak untuk memberikan apa sahaja pendapat namun, itu tidak bermakna mereka mempunyai pandangan yang sama.

“Saya harap semua orang faham bahawa saya dan ibu saya merupakan dua individu yang berbeza.

“Dia berhak untuk memberikan pendapatnya tapi tak bermakna kami berkongsi pandangan yang sama,” katanya.

“Mama Berhak Bagi Pendapat, Tapi Tak Bermakna Kami Kongsi Pandangan Sama,” – Cik B Respon Pasal Ibu, Datuk Vida “Mama Berhak Bagi Pendapat, Tapi Tak Bermakna Kami Kongsi Pandangan Sama,” – Cik B Respon Pasal Ibu, Datuk Vida

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Tolonglah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

IKLAN

Bagaimanapun, Cik B turut menegaskan walau apapun yang berlaku, rasa hormatnya terhadap ibunya tidak akan pernah pudar.

“Mama merupakan insan yang hebat dan walau apapun saya akan tetap menghormatinya. Terima kasih,” ujarnya lagi.

“Mama Berhak Bagi Pendapat, Tapi Tak Bermakna Kami Kongsi Pandangan Sama,” – Cik B Respon Pasal Ibu, Datuk Vida “Mama Berhak Bagi Pendapat, Tapi Tak Bermakna Kami Kongsi Pandangan Sama,” – Cik B Respon Pasal Ibu, Datuk Vida

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan reaksi yang tersebut selain turut menasihati Cik B untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif berkenaan.

IKLAN

“CikB you’re on fire for this. Great work! Lil they know, behind a great daughter there was and will always be a great Mama. Mucho love.

“Macam tak caya Cik B 16 tahun boleh jawab gini. Anak menteri belum tentu boleh jawab gini. Highest respect.

“Perfect answer for the controversial issue regarding ur mum. I hope u’ll keep being this wise and becomes the beacon in your family.

“We people understand. Cuma some emotional people akan overreact at this trial n tribulation time. As long as we deal it in mature way inshaAllah it will turn out just fine. Be yourself.. n help others inshaAllah,” antara reaksi-reaksi yang diberikan oleh netizen di laman Instagram.

IKLAN

Sebelum ini, Datuk Seri Vida telah dikecam hebat oleh warga maya gara-gara kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap golongan yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh pendamik ini.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Mama Berhak Bagi Pendapat, Tapi Tak Bermakna Kami Kongsi Pandangan Sama,” – Cik B Respon Pasal Ibu, Datuk Vida

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Twitter Cik B

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI