Penyanyi Ainan Tasneem ada berkongsi mengenai keadaan terkininya yang sarat hamil anak kembar.

Jelasnya, keadaan perutnya kian memberat apabila bayi kembar dalam kandungan semakin membesar. Malah, keadaan tersebut menyebabkan dirinya terasa sakit di bahagian pinggang dan belakang badan.

Bagaimanapun, situasi tersebut kian berkurangan apabila ia dibantu tali pinggang sokongan khas buat para ibu yang hamil.

“Makin Membesar, Perut Pun Makin Memberat,” – Kongsi Keadaan Terkini, Tak Sabar Nak Tengok Bayi Kembar Ainan Tasneem!

“Disebabkan twins makin membesar, perut pon makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi2 dekat pelvis area.

IKLAN

“Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang.

“Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt daripada @mamawaymy ni. Sangat membantu. Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yg tampung perut kita.

IKLAN

“Nak bergerak ke mana-mana pon jadi mudah. Material pon sangat stretchable, lembut, selesa dan tak rasa gatal2 walaupun kena direct dengan kulit.

“Ainan sangat recommend to future mommies out there untuk invest dan beli this product. I’m sure you won’t regret. Guna code MAMAWAY-AINAN, dan boleh dapat diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian melebihi RM200,” katanya.

IKLAN

Perkara tersebut dikongsikan bintang YouTube ini menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Sekadar mengimbas, Ainan yang pernah hits menerusi single Aku Suka Dia mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018 dan difahamkan, usia kandungan kembarnya kini sudah pun mencecah usia 7 bulan.

Foto: Instagram Ainan Tasneem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI